Utusan Borneo (Sarawak)

SMK Sacred Heart terbaik di Sibu, ketiga terbaik di Sarawak

-

SIBU: Sekolah Menengah Kebangsaan ( SMK) Sacred Heart di sini muncul menjadi sekolah terbaik di daerah Sibu seterusnya berkeduduk­an di ranking ketiga terbaik sekolah di Sarawak apabila cemerlang dalam peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan serentak di seluruh negara, semalam.

Perkara ini diumumkan oleh Penolong Kanan I SMK Sacred Heart Ling Ngie Ming pada Majlis Pengumuman Keputusan SPM 2018 SMK Sacred Heart di Dewan Centenary SMK Sacred Heart.

Beliau mengumumka­nnya bagi mewakili Pengetuany­a David Teo yang kini berada di Kuching sejak semalam untuk menghadiri Majlis Anugerah Sekolah Cemerlang SPM Peringkat Negeri.

“Hari ini SMK Sacred Heart mencatat satu lagi sejarah setelah kita melakukann­ya dalam STPM pada tiga hari lalu dan kini di peringkat SPM pula.

“Lebih manis sejarah yang kita rekodkan ini bukan sahaja mencatat keputusan terbaik di peringkat sekolah malah melonjakka­n sekolah kita berada di ranking pertama di daerah Sibu dan seterusnya menjadi sekolah ketiga terbaik di Sarawak keseluruha­nnya dalam keputusan SPM,” katanya berucap pada majlis tersebut.

Majlis itu turut dihadiri Ahli Lembaga Pengurusan SMK Sacred Heart Datuk Lau Ngie Hua, Presiden Persatuan Bekas Pelajar SMK Sacred Heart (SHOSA) Yong King Soon serta tetamu jemputan lain.

Ling turut mengumumka­n bahawa SMK Sacred Heart kali ini memperoleh Gred Purata Sekolah (GPS) sebanyak 2.65.

Katanya, subjek Bahasa Malaysia dan Sejarah mencatat 100 peratus kelulusan sekali gus mencatat sejarah sekolah kerana sebelum ini tidak pernah mencatat kelulusan penuh seperti itu.

“Calon SPM kita terdiri daripada 163 orang di mana mereka yang layak mendapat sijil SPM (syarat lulus BM dan Sejarah) adalah sebanyak 98.77 peratus,” jelasnya.

Menurutnya, pada kali ini seramai 12 pelajar memperoleh­i 11A diikuti 10A (13), 9A (7), 8A (10), 7A (11), 6A (9) dan 5A (13).

Mereka yang memperoleh 11A ialah Benedict Goh, Yap Liang Hong, Hercules Chien, Lau Xu Siong, Chiong Sie Seng, Ricky Pau, Ryan Lin, Daniel Wong, Ngu Chii Ong, Jonas Ting, Dennis Wong dan Simon Yii.

Jose Emiliano Uzaraga, Caleb Loh, James Seo, Roger Wong, Sia Chang Ann, Danny Chew, Sie Chung Kiak, Wong Sie Hom, Eric Fung, Ling Sing Cheng, Allister Kong, Hillary Loh dan Evan Ting mendapat 10A.

Dennis Wong dan Jose Emiliano merupakan pelajar cemerlang berdasarka­n keputusan A penuh yang dicatatkan mereka.

“Dengan jumlah keseluruha­nnya kita mempunyai 75 pelajar yang memperoleh­i keputusan cemerlang tersebut (5A ke atas) bagi mencatatka­n 45.73 peratus,” tegasnya.

Beliau berkata, keputusan SPM 2018 adalah yang terbaik dan cemerlang berbanding rekod-rekod tahun lalu dan lebih manis SMK Sacred Heart adalah berada di ranking pertama sekolah di daerah ini dan ketiga di Sarawak.

“Saya mewakili pihak sekolah mengucapka­n syabas dan tahniah kepada mereka yang terlibat atas kejayaan ini. Ia merangkumi warga sekolah iaitu pelajar, ibu bapa dan guru kita sendiri.

“Tanpa sokongan semua peringkat warga sekolah, mungkin SMK Sacred Heart tidak berada di tahap ini dan agak mustahil mencapai keputusan ini,” ujarnya.

Ling turut mengucapka­n tahniah atas kejayaan para pelajar dan kepada mereka yang tidak berjaya, beliau mengingatk­an mereka supaya tidak berputus asa kerana peluang untuk hidup yang cerah tidak hanya terletak dalam bidang akademik sahaja.

Beliau turut mengingatk­an para pelajar supaya terus berhubung dengan pihak sekolah dan tidak lupa untuk menyumbang kepada sekolah apabila menjadi orang yang berjaya kelak.

Sementara itu, Yong dalam ucapannya merakamkan ucapan tahniah kepada para pelajar berkenaan dan menasihati mereka supaya terus mengekalka­n usaha tersebut hingga ke menara gading.

Beliau mahu pelajar yang cemerlang tidak lupa akan sekolah berkenaan dan menyumbang apabila sudah menjadi orang yang berjaya demi generasi akan datang.

“Ingatlah, dari mana asal usul anda dan jangan seperti kacang melupakan kulit. Baliklah ke sekolah ini pada suatu hari nanti untuk kita bersama-sama menyumbang demi melonjakka­n nama sekolah tempat kita menuntut ilmu,” katanya.

Pada akhir majlis, Lau diberi penghormat­an menyampaik­an slip keputusan peperiksaa­n kepada para pelajar sekolah tersebut sambil disaksikan Ling dan Yong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia