Utusan Borneo (Sarawak)

40 daripada 318 calon SPM SMK Methodist raih semua A

-

SIBU: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Methodist di sini mencatat bilangan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 paling ramai di Sarawak mendapat A dalam semua mata pelajaran yang diambil dalam peperiksaa­n tersebut tahun lalu.

Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar Lee Siew Hing berkata seramai 40 daripada 318 pelajar sekolah yang menduduki SPM 2018 itu mendapat A dalam semua mata pelajaran.

Katanya, daripada jumlah tersebut dua pelajar memperoleh 12A, 11A (6), 10A (21), 9A (7) dan empat orang lagi pelajar mendapat 8A.

“Bagaimanap­un pada tahun ini tiada seorang calon SPM 2018 yang memperoleh­i A+ dalam semua mata pelajaran yang diambil berbanding lima daripada 73 pelajar yang mendapat semua A (A+, A, A-) pada SPM 2017.

“Pada tahun ini juga hanya lapan daripada 19 mata pelajaran yang diambil menunjukka­n peningkata­n manakala Gred Purata Sekolah (GPS) SPM 2018 yang direkodkan ialah 2.93 berbanding 2.84 yang dicatatkan pada tahun lalu,” katanya semasa ditemui semalam.

Lee berkata, secara keseluruha­nnya beliau amat berpuas hati dengan keputusan yang diperolehi para pelajar dalam peperiksaa­n SPM 2018.

Sehubungan itu, beliau mengucapka­n penghargaa­n atas sokongan padu pihak PIBG dan Lembaga Pengurusan Sekolah sehingga berjaya menjalinka­n hubungan baik antara pihak ibu bapa dan guru di sekolah berkenaan.

Katanya, beliau turut mengucapka­n terima kasih kepada pihak NGO dan para penyumbang yang telah memberi komitmen tinggi kepada pihak sekolah selama ini.

 ??  ?? KEBANGGAAN SEKOLAH: Para pelajar SMK St Elizabeth yang mencapai keputusan cemerlang SPM merakam kenangan selepas menerima slip keputusan.
KEBANGGAAN SEKOLAH: Para pelajar SMK St Elizabeth yang mencapai keputusan cemerlang SPM merakam kenangan selepas menerima slip keputusan.
 ??  ?? TAHNIAH: barisan pelajar SMK Methodist yang mendapat A dalam semua mata pelajaran SPM 2018.
TAHNIAH: barisan pelajar SMK Methodist yang mendapat A dalam semua mata pelajaran SPM 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia