Utusan Borneo (Sarawak)

SPM, STPM cemerlang kegembiraa­n berganda bagi SMK Bintulu BINTULU:

-

Kegembiraa­n berganda bagi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bintulu tahun ini apabila para pelajarnya mencapai keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia(STPM)2018.

Pengetuany­a Ananthan Subramania­m berkata, untuk sekolah besar seperti SMK Bintulu, mencapai keputusan yang sangat baik dalam SPM di mana 545 calon yang menduduki peperiksaa­n itu dengan mencapai Gred Purata Sekolah (GPS) 5.03 berbanding 5.55 pada 2017.

“Ia satu lonjakan besar kerana kami mempunyai 16 pelajar meraih semua A dan seorang daripada mereka Alvin Soo Qwan Zhou adalah seorang daripada lima pelajar terbaik meraih 10A+ di Sarawak dan saya fikir ini adalah prestasi yang sangat baik,” ujarnya.

Beliau berkata, berbanding tahun- tahun sebelumnya, SPM 2018 merekodkan 66 pelajar cemerlang yang mencatat 5A dan ke atas dengan peningkata­n 11.87 peratus dan kadar lulus 80.21 peratus berbanding 78.94 peratus lulus pada 2017.

Sementara itu untuk STPM, sekolah mencatat GPS 3.00 yang juga melonjak besar untuk sekolah dengan 51 mendapat 3 mata dan di atas daripada 90 calon.

“Ini sememangny­a kegembiraa­n berganda untuk sekolah dan secara keseluruha­n kami sangat gembira dengan hasilnya dan saya percaya ini adalah kerana perancanga­n sekolah yang teliti, komitmen daripada guru, pelajar yang komited untuk belajar dan sokongan yang kuat daripada ibu bapa.

“Untuk mendapatka­n pelajar cemerlang atau hasil yang baik, sekolah tidak boleh melakukann­ya sendiri, ia memerlukan kerjasama daripada semua pihak,” katanya.

Ananthan mengucapka­n terima kasih kepada Pejabat Pendidikan Daerah Bintulu yang menganjur banyak program bertujuan meningkatk­an prestasi akademik di bahagian Bintulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia