Utusan Borneo (Sarawak)

KUCHING: Bijak mengurus masa belajar antara rahsia kecemerlan­gan Muhamad Hazim Isa dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018.

-

Pelajar Sekolah Menengah (SM) Sains Kuching Utara ini merupakan antara lapan pelajar Sarawak yang mendapat gred A+ dalam semua mata pelajaran.

“Saya sangat gembira kerana berjaya mencapai impian saya untuk memperoleh­i 9A+ dalam peperiksaa­n SPM 2018.

“Rahsia saya ialah saya amat pentingkan keseimbang­an dalam semua aspek dan bijak membahagik­an masa antara belajar dan bermain.

“Apabila masa bermain saya akan bermain dan apa bila masa belajar saya akan belajar bersungguh-sungguh,” kata anak bongsu daripada tiga beradik ini ketika ditemui selepas pengumuman keputusan di Auditorium Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak di sini semalam.

Ditanya mengenai perancanga­n selepas ini, Hazim berkata dia menyimpan impian untuk menyambung pelajaran dalam bidang kejurutera­an perisian di universiti luar negara atau dalam negara.

Kepada pelajar-pelajar yang bakal menduduki SPM tahun ini, Hazim berharap mereka dapat menguruska­n masa dengan baik kerana tempoh dari Januari hingga hari SPM adalah singkat.

Sementara itu Constance Wong Chia Yii dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Maong, Padawan berkata dia meluangkan masa tiga hingga empat jam sehari untuk mengulang kali pelajaran.

Constance yang cemerlang dengan 9A+ dalam semua mata pelajaran yang diambil berkata, ibu dan bapanya merupakan individu penting yang banyak memberi kata-kata semangat semasa menduduki peperiksaa­n.

“Saya berterima kasih kepada guru-guru serta rakan- rakan khususnya ibu bapa saya yang banyak memberi sokongan dan dorongan kepada saya ketika mengharung­i SPM,” katanya yang akan cuba memohon biasiswa bagi memasuki sekolah doktor pergigian.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia