Utusan Borneo (Sarawak)

SMK Bawang Assan berbangga dengan prestasi SPM 2018 SIBU:

-

Pengetua SMK Bawang Assan mampu menarik nafas lega apabila semua pelajar menduduki peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM) tahun lalu di sekolah tersebut mencapai kelulusan 100 peratus semalam.

Seramai 37 calon telah mengambil keputusan masing-masing pagi semalam.

Pengetuany­a Nicholas Abdul Rahman berkata, ini merupakan pencapaian kelulusan 100 peratus bagi kali kedua berturut-turut sekolah berkenaan dengan Gred Purata Sekolah (GPS) sebanyak 4.57.

Katanya, daripada keputusan itu, seorang calon mencatat keputusan 7A, dua calon memperoleh 6A, seorang calon memperoleh 5A dan empat calon mendapat 4A.

“Saya ingin mengucapka­n tahniah kepada calon-calon yang telah berjaya memperoleh keputusan cemerlang,” katanya dalam amanatnya semalam.

Katanya, sebelum pengumuman keputusan diumum- kan beliau, satu program khas kepada lepasan SPM telah diadakan iaitu Program Gemilang SPM 2018.

“Tujuan program ini diadakan ialah memberi pendedahan dan maklumat hala tuju dan peluang melanjutka­n pelajaran serta peluang pekerjaan selepas SPM,” jelasnya.

Beliau menyaranka­n agar calon- calon bijak merebut peluang dan menggalakk­an lepasan SPM untuk melanjutka­n pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Beliau juga menzahirka­n rasa syukur dan terima kasih kepada semua guru dan warga sekolah serta PIBG yang banyak menyokong program-program sekolah dalam memastikan kemenjadia­n pelajar tercapai.

Sementara itu, calon terbaik keseluruha­n sekolah tersebut Evelyn Emang yang mendapat 7A berkata, kunci kejayaanny­a adalah banyak berkorban masa untuk membuat ulang kaji dan latihan.

“Galakan dan dorongan daripada keluarga memainkan peranan penting atas kejayaan saya,” katanya.

Nicholas berkata, guruguru yang sentiasa mengambil berat akan keperluan dan pencapaian murid juga menjadi kunci kepada kejayaan Evelyn.

Beliauberk­ata,SMKBawang Assan menduduki kedudukan ke-10 dalam pencapaian SPM Kategori Sekolah Luar Bandar peringkat negeri Sarawak.

Turut hadir PK1 Hipnee Piee, guru serta ibu bapa.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia