Utusan Borneo (Sarawak)

Program Asnaf Health Ride 2019 di Majma Mall, 24 Mac KUCHING:

-

Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) akan mengadakan program Asnaf Health Ride 2019 di Majma Mall di sini pada 24 Mac ini.

Pengurus Besar TBS Datu Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie berkata, program julung kali diadakan di bandar raya ini bertujuan mempromosi­kan peranan TBS kepada masyarakat.

Beliau berkata, program sama yang diadakan di Sibu dan Miri mendapat sambutan menggalakk­an daripada orang ramai.

“Bagaimanap­un, program Asnaf Health Ride ini lebih unik dan menarik kerana peserta akan singgah ke rumah keluarga asnaf di sepanjang 20 kilometer laluan kayuhan.

“Turut menyerikan acara sama ialah senam aerobik, cabutan bertuah dan free market,” katanya sambil menambah, seramai lebih 400 penyertaan diterima setakat ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media berhubung program Asnaf Health Ride 2019 di ibu pejabat TBS di sini, semalam.

Menurut Abang Mohd Shibli, peserta program juga bakal menerima baju-T istimewa daripada pihak penganjur secara percuma

“Apa yang istimewa pada baju- T ini adalah selain memaparkan imej program Asnaf Health Ride 2019, kita turut meletakkan imej mempromosi­kan aplikasi mudah alih versi kedua Jejak Asnaf.

“Tujuannya kita mahu rakyat membantu TBS dalam usaha mengesan potensi asnaf dalam kalangan masyarakat Islam di negeri ini,” katanya.

Pada program Health Ride itu juga, katanya, akan diadakan upacara penyerahan bantuan kepada golongan asnaf dan mereka yang berhak dibantu.

Hadir sama, Presiden Persatuan Berbasikal Sarawak Datuk Benjamin Hasbie.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia