Utusan Borneo (Sarawak)

Pusat Internet inisiatif sedia kemudahan Internet di kawasan kurang liputan

-

Pusat Internet adalah satu inisiatif Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyediaka­n kemudahan Internet di kawasan yang kurang mendapat liputan, selain menyemai kemahiran berasaskan komputer dan pengetahua­n yang menjadi aspek penting kepada setiap orang dalam dunia masa kini.

Kini, sebanyak 870 Pusat Internet telah dibangunka­n di seluruh negara.

Penerimaan dan sambutan dalam kalangan masyarakat tempatan terhadap kemudahan serta program-program yang dijalankan di pusat Internet amat memberangs­angkan, dengan jumlah keahlian mencecah me- lebihi 590,000 orang, 57 peratus daripadany­a terdiri daripada golongan pelajar.

Pelbagai inisiatif lain yang menjurus kepada aspek keusahawan­an juga telah dilaksanak­an SKMM, termasuk mempromosi produkprod­uk tempatan ke pasaran lebih luas.

Melalui kemudahan Internet, usahawan- usaha- wan tempatan dapat menjalanka­n perniagaan mereka secara dalam talian sekali gus meningkatk­an pendapatan mereka dan pada masa yang sama, permintaan yang semakin meningkat untuk produk-produk mereka.

Secara puratanya, usahawan- usahawan telah menikmati peningkata­n lebih daripada 60 peratus dalam sumber pendapatan mereka dan hingga kini, seramai 16,393 usahawan dalam talian telah mengambil bahagian dalam program-program pembanguna­n usahawan dalam talian yang dijalankan di pusatpusat Internet di seluruh negara.

Pusat Internet juga bertindak sebagai sebuah pusat latihan ICT untuk melatih golongan muda dan warga emas bagi memperkasa­kan mereka dengan kemahiran-kemahiran komputer asas serta mendedahka­n mereka kepada maklumatma­klumat penting. Perkhidmat­an- perkhidmat­an lain seperti khidmat nasihat penggunaan aplikasi e- kerajaan turut disediakan bagi memudahkan masyarakat luar bandar mendapat akses kepada perkhidmat­an kerajaan secara dalam talian.

S e b u a h h a b p e m - b e l a j a r a n d i g i t - al JomStudi, yang merupakan inisiatif bersama Digi, Astro dan Media Prima telah dilancarka­n di Pusat Internet Kampung Kering, Labu pada 8 Mac 2019.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia