Utusan Borneo (Sarawak)

Dr Mahathir ucap tahniah atas pencapaian cemerlang SPM 2018 KUALA LUMPUR:

-

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menzahirka­n ucapan tahniah atas pencapaian cemerlang semua calon yang memperoleh keputusan peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018, semalam.

“Tahniah kepada semua pelajar yang mendapat keputusan baik dalam peperiksaa­n SPM. Walau apapun keputusan yang diterima ingatlah, perjuangan ini masih belum selesai.

“Teruskan usaha demi kejayaan di masa hadapan,” kata Dr Mahathir melalui catatan di laman Twitter rasmi beliau.

Terdahulu di Putrajaya, Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin Senin mengumumka­n keputusan keseluruha­n calon SPM 2018 adalah lebih baik daripada pencapaian tahun 2017.

Nilai indeks pencapaian Gred Purata Nasional ( GPN) yang direkodkan bagi tahun 2018 adalah 4.89, berbanding 4.90 pada 2017. Nilai GPN yang lebih kecil menunjukka­n pencapaian lebih baik. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia