Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki diberkas bersama barangan curi MIRI:

-

Seorang lelaki ditangkap di sebuah rumah sewa di Jalan Aru di sini pada petang Selasa selepas dipercayai terlibat dengan kegiatan pecah masuk rumah pada awal Februari lalu.

Menurut sumber, suspek berusia 40- an itu ditangkap sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah ( JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah ( IPD) Miri kirakira jam 3.30 petang dalam operasi yang dinamakan Ops Pintu.

“Dalam serbuan itu, polis berjaya menemui dan merampas pelbagai jenis barangan berharga dipercayai barangan curi.

“Suspek yang ditahan kemudianny­a dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan selanjutny­a,” kata sumber.

Dalam pada itu, suspek ditangkap susulan laporan polis yang dibuat mangsa, seorang juruteknik berusia 40- an, yang menyedari rumahnya di Interhill Park dipecah masuk ketika pulang dari tempat kerja awal Februari lalu.

Pemeriksaa­n mangsa pada rumah mendapati beberapa barang berharga dipercayai hilang yang jumlah keseluruha­nnya dianggarka­n bernilai lebih RM30,000.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah masuk rumah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia