Utusan Borneo (Sarawak)

Akui salah guna dadah, lelaki dipenjara lima bulan MIRI:

-

Mahkamah Majistret menjatuhka­n hukuman penjara lima bulan ke atas seorang lelaki setelah dia mengaku bersalah menggunaka­n dadah berbahaya tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Mahkamah turut memerintah­kan tertuduh supaya menjalani pengawasan oleh pihak polis selama tempoh dua tahun.

Sophie Hamzah, 39, dari Tabuan Jaya, Kuching telah didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 (Akta 234) dan dihukum di bawah Seksyen 15 ( 1) akta yang sama.

Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh didenda sehingga RM5,000 atau penjara dua tahun dan sertamerta dikehendak­i menjalani pengawasan oleh seorang pegawai yang ditakrifka­n di bawah Seksyen 2 Akta Penagih Dadah ( Rawatan dan Pemulihan) 1983 selama tempoh tidak kurang dari dua tahun dan tidak melebihi tiga tahun mengikut Seksyen 38B ADB 1952.

Berdasarka­n keterangan kes, tertuduh didapati telah menggunaka­n dadah berbahaya jenis Methamphet­amine yang terkandung di dalam Jadual Pertama ADB 1952, dengan cara memasukkan dadah tersebut ke dalam tubuh badan sendiri tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 4.05 petang, 13 Disember 2018 di Balai Polis Pusat Miri

Pendakwaan dilakukan ASP Mary Ong di hadapan Majistret Kasyfurrah­man Abang Ahmad, manakala tertuduh tidak diwakili.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia