Utusan Borneo (Sarawak)

Syabu bernilai hampir RM1,000 dirampas MIRI:

-

Polis merampas dadah jenis syabu dengan berat kasar 6.06 gram dan dianggarka­n bernilai RM969 dalam serbuan di Lorong 4, Bandar Baru Permyjaya di sini pada petang Selasa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Superinten­den Mohd Sabri Zainol berkata, serbuan dinamakan Ops Sarang dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak itu bermula jam 5 petang dan berakhir jam 10 malam.

“Sasaran polis adalah bagi mengesan dua pengedar dadah di kawasan tersebut dan serbuan berjaya menahan 12 individu terdiri daripada 10 lelaki dan dua wanita berusia lingkungan 20 hingga 54 tahun.

“Dadah disyaki jenis syabu dengan berat kasar 6.06 gram dianggarka­n bernilai RM969 berjaya dirampas,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, semalam.

Dalam pada itu, ujian saringan awal air kencing yang dibuat ke atas 12 suspek mendapati hanya dua didapati negatif dadah.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 12(2) ADB 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia