Utusan Borneo (Sarawak)

Dua lelaki disyaki curi kabel sehingga lampu isyarat tidak berfungsi dicekup

-

Tindakan dua lelaki mencuri kabel menyebabka­n lampu isyarat tidak berfungsi sehingga berlaku kesesakkan lalu lintas di Jalan Datuk Merican Salleh di sini, pagi semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching Superinten­den Ismail Mahmood berkata, susulan itu tiga anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching dikerahkan ke lokasi untuk mengawal lalu lintas.

Menurutnya, kira- kira jam 9.30 pagi, anggota yang bertugas mendapat maklumat terdapat dua lelaki dalam keadaan mencurigak­an disyaki sedang mencuri kabel berhampira­n bangunan pejabat kerajaan juga di Jalan Datuk Merican Salleh.

“Dengan dibantu anggota Unit Kereta Peronda Polis ( MPV), anggota bertugas telah pergi ke lokasi yang dimaksudka­n dan melihat dua suspek terbabit yang kemudian bertindak melarikan diri sebaik sahaja menyedari kehadiran polis.

“Kedua- dua suspek bagaimanap­un berjaya ditangkap di Jalan Perdana serta beberapa paralatan dipercayai digunakan untuk mencuri kabel turut dirampas,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Difahamkan, kedua- dua suspek berusia 34 tahun dan berasal dari Kampung Tabuan dan Tabuan Lot.

Suspek dan kesemua barang rampasan kemudian dibawa ke IPD Kuching untuk tindakan lanjut.

Siasatan lanjut polis masih dijalankan di bawah Seksyen 431A Kanun Keseksaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia