Utusan Borneo (Sarawak)

Dua individu menyamar pegawai kementeria­n, minta suapan direman

-

Dua individu yang menyamar sebagai pegawai di sebuah kementeria­n direman empat hari bagi membantu siasatan berhubung kes meminta suapan bernilai lebih RM75,000.

Menurut sumber Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dua suspek lelaki berumur 54 dan 25 tahun itu ditahan SPRM pada kira-kira 4.40 petang kelmarin (Rabu) di kawasan Rehat dan Rawat Awan Besar di Lebuhraya Shah Alam.

Perintah reman terhadap dua lelaki itu dikeluarka­n Majistret Noraisyah Mohd Yusof bermula semalam hingga 17 Mac selepas SPRM membuat permohonan di Mahkamah Majistret di sini.

Menurut sumber SPRM itu, kedua-dua individu tersebut dipercayai telah bersubahat untuk meminta suapan sebanyak RM75,000 sebagai dorongan bagi mengeluark­an surat kelulusan kuota pekerja asing oleh kementeria­n tersebut.

Susulan penahanan itu, SPRM juga menyita wang tunai berjumlah RM25,000, dua telefon bimbit, sebuah komputer riba dan beberapa dokumen berkaitan daripada kedua-dua individu berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia