Utusan Borneo (Sarawak)

Pesara minta kerajaan kekalkan penjawat awam sedia ada KOTA BHARU:

-

Kelab Pesara Malaysia (KUPEKMAS) mahu kerajaan mengekalka­n semua penjawat awam sedia ada dan mengambil pendekatan lain sebagai langkah penjimatan.

Pengerusin­ya Datuk Omar Osman berkata ia kerana golongan itu berdepan pelbagai komitmen termasuk pinjaman perumahan selain menyara ibu bapa dan keluarga.

“Lagipun mereka dilantik sebagai penjawat awam tetap dan berpencen ketika mulamula ditawarkan pekerjaan dahulu. Biarlah mereka, sama ada yang baru berkhidmat atau telah lama berkhidmat menamatkan kerja apabila tiba masa untuk berpencen,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama di Majlis Ramah Mesra Pesara dan Bakal Pesara Serta Tawaran Rumah Penjawat Awam Peringkat Negeri Kelantan di sini, semalam.

Turut hadir Anggota Majlis Tertinggi KUPEKMAS Abdullah Mahfuz dan Yang Dipertua Persatuan Pesara Kelantan Datuk Abdul Halim Hamad.

Program tersebut diadakan bagi merapatkan hubungan pesara dan penjawat awam yang bakal bersara selain mengadakan perbincang­an berhubung langkah persediaan masa hadapan mereka.

Omar berkata bagi memastikan kebajikan penjawat awam terbela, pihaknya telah menghantar surat kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga penaung KUPEKMAS untuk mengadakan pertemuan berhubung perkara itu.

Ketua Pengarah Perkhidmat­an Awam, Datuk Seri Borhan Dolah dalam satu kenyataan kelmarin memberitah­u saiz perkhidmat­an awam bagi tempoh tiga tahun mulai 2019 hingga 2021 tidak melibatkan pemberhent­ian penjawat awam atau pengisian sedia ada sebaliknya hanya melibatkan jawatan yang tidak diisi melebihi tempoh dua tahun.

Katanya pelaksanaa­n tersebut tidak memberi implikasi pengisian jawatan bagi sektor kritikal seperti kesihatan, pendidikan dan keselamata­n dan proses penggantia­n pegawai yang berpencen masih diteruskan.

Dalam pada itu Omar berkata sejumlah 1,880 unit rumah untuk penjawat awam dan pesara yang dibangunka­n oleh sebuah syarikat di Lembah Sireh kini mula dibuka untuk jualan pada harga serendah RM274,000. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia