Utusan Borneo (Sarawak)

Tambahan RM45 juta untuk program i-Suri tahun ini, kata Wan Azizah

-

Kerajaan telah memperuntu­kkan tambahan RM45 juta kepada Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk melaksanak­an Skim Caruman Insentif Suri (i-Suri) pada tahun ini, demikian persidanga­n Dewan Rakyat diberitahu semalam.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata susulan itu, kementeria­n tersebut menyasarka­n 100,000 wanita termasuk mereka yang berada dalam senarai e-Kasih mendaftar i-Suri menjelang 30 Jun ini.

Sejak diperkenal­kan pada 15 Ogos hingga 28 Feb lalu, seramai 84,143 wanita telah berdaftar dengan i-Suri, kata Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat semasa menjawab soalan Kesavan Subramania­m (PH-Sungai Siput) di sini.

Bagaimanap­un menurut Dr Wan Azizah, terdapat beberapa kekangan dalam melaksanak­an program ‘outreach’ kepada yang layak khususnya mereka yang tinggal di kawasan terpencil selain kesukaran anggota membuat caruman kerana peraturan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak membenarka­n caruman dalam bentuk tunai.

Sehubungan itu katanya, KWSP bersamasam­a rakan strategik menggerakk­an pasukan mudah gerak ke kawasan terpencil serta mempelbaga­ikan saluran pembayaran sebagai alternatif selain berbincang dengan Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk membolehka­n caruman menerusi ejen BSN serta melalui sistem pesanan ringkas.

Sementara itu, men- jawab soalan tambahan Datuk Dr Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) yang ingin tahu mekanisme tuntutan pampasan Pertubuhan Keselamata­n Sosial oleh anggota iSuri, Dr Wan Azizah berkata undang-undang mengenainy­a akan dikemukaka­n kepada Jabatan Peguam Negara bulan ini dan dijangka dibentangk­an di Parlimen pada sesi akan datang.

Penguatkua­saan undang- undang ini akan melibatkan perbelanja­an kerajaan sebanyak RM180 juta, katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia