Utusan Borneo (Sarawak)

Kurang 20 peratus pencarum PERKESO jalani saringan kesihatan SEPANG:

-

Hanya 545,812 daripada jumlah keseluruha­n 3.4 juta pencarum Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) yang layak, telah menjalani saringan kesihatan secara percuma di ba- wah Program Saringan Kesihatan (HSP) sejak ia diperkenal­kan pada 2013.

Ketua Pegawai Eksekutif PERKESO Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata jumlah itu yang meliputi kurang 20 peratus, menunjukka­n kesedaran golongan pekerja dalam penjagaan kesihatan masih pada tahap yang rendah.

“Pencarum yang layak untuk HSP adalah pekerja yang berumur 40 tahun ke atas. Menerusi HSP, kita mendapati sebanyak 69 peratus (daripada) mereka ini tidak pernah menjalani saringan kesihatan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia