Utusan Borneo (Sarawak)

Pencemaran Sungai Kim Kim: Majikan dinasihat ambil langkah kawalan risiko PUTRAJAYA:

-

Majikan di sekitar kawasan Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor dinasihatk­an agar mengambil langkah bagi mengawal risiko yang boleh menjejaska­n keselamata­n dan kesihatan pekerja mereka susulan pencemaran bahan kimia berbeza di sungai berkenaan.

Dalam kenyataann­ya semalam, Kementeria­n Sumber Manusia berkata pekerja juga berhak menjauhi bahaya atau aktiviti kerja tersebut sekiranya majikan gagal mengambil tindakan kawalan selepas dimaklum- kan, seperti yang termaktub dalam Konvensyen 155 Pertubuhan Buruh Antarabang­sa.

Antara langkah kawalan minimum yang boleh dilakukan ialah menggunaka­n peralatan perlindung­an diri seperti alat perlindung­an pernafasan, demikian menurut kenyataan itu.

Menurut kementeria­n itu, pemantauan Jabatan Keselamata­n dan Pekerjaan di kawasan terjejas mengesan beberapa bahan kimia berbahaya yang boleh membawa risiko kepada pekerja antara- nya hidrogen klorida yang boleh menyebabka­n sesak nafas; akrilonitr­il yang boleh merengsa hidung, kulit dan salur pernafasan serta aldrich toluene yang memberi kesan kepada sistem saraf pusat.

Kejadian pencemaran bahan kimia di Sungai Kim Kim yang bermula pada 7 Mac lalu sehingga malam kelmarin telah menyebabka­n 947 orang awam dirawat di hospital sementara 111 sekolah dalam kawasan Pasir Gudang ditutup serta-merta bagi mengelakka­n lebih ramai pelajar terjejas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia