Utusan Borneo (Sarawak)

Mane tamatkan segala impian The Bavarians di Munich MUNICH, Jerman: Sadio Mane menjaringk­an dua gol untuk memastikan Liverpool melangkah ke peringkat suku akhir Liga Juara- Juara selepas menewaskan Bayern Munich 3- 1 di Munich Rabu lepas.

Liverpool sertai Spurs, City dan United melangkah ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara selepas benam Bayern 3-1

-

Selepas tidak beraksi ketika seri tanpa jaringan pada perlawanan pertama di Anfield tiga minggu lepas kerana penggantun­gan, umpanan jauh Virgil van Dijk disempurna­kan Mane untuk gol pembukaan Liverpool dalam separuh masa pertama perlawanan di Stadium Allianz Arena.

“Gol pertama beliau sememangny­a hebat, ketenangan beliau melakukan penyudah itu cukup luar biasa,” kata pemain tengah Liverpool, James Milner ketika memberitah­u penyiaran BT.

“Beliau menyerlah sekali dan saya berharap akan diteruskan sehingga akhir musim ini.”

Van Dijk kemudian menanduk gol pendahulua­n Liverpool sekali lagi pada minit ke- 69 selepas Bayern mengikat kedudukan dari gol sendiri Joel Matip sebelum rehat.

Mane mengesahka­n kemaraan Liverpool ke suku akhir apabila menjaringk­an gol ketiga, enam minit sebelum tamat permainan.

Kemenangan agregat 3- 1 itu memastikan Liverpool menyertai Tottenham Hotspur, Manchester City dan Manchester United ke suku akhir kejohanan, mewakili kesemua pasukan dari England yang layak ke kejohanan ini dan kali pertama ia berlaku sejak musim 2008/ 2009.

“Ia bagus untuk bola sepak Inggeris – itu yang anda mahu,” tambah Milner. “Kami mempunyai prestasi yang baik dari tahun lepas, jadi saya berharap kami boleh meneruskan­nya dan melangkah s e j a u h yang k a m i m a m - pu.”

Ia bagaimanap­un menambah kesuraman bola sepak Jerman kerana penyingkir­an Bayern bermakna tiada pasukan dari Bundesliga Jerman yang layak ke suku akhir buat kali pertama sejak 2005/ 2006, dengan Borussia Dortmund dan Schalke juga tersingkir di pusingan kedua – masing- masing tewas kepada Tottenham dan Manchester City.

Ini adalah kali pertama sejak 2011 di mana Bayern gagal ke suku akhir.

“Kedua- dua pasukan bermain secara berhati- hati untuk satu tempoh yang lama tetapi gol kedua menyentak kami,” kata pemain pert a h a n a n B a y e r n ,

M a t s H u m - mels. “( Pengurus Liverpool) Jurgen Klopp sangat bijak mengawal kekuatan law a n dan b e - l i a u m e l a k u - kannya sekali lagi.

“Kami tidak mencipta banyak peluang di peringkat ini.”

Milner diturunkan dalam kesebelasa­n utama berbanding Fabinho di bahagian tengah tetapi Klopp terpaksa melakukan pertukaran awal apabila kapten pasukan, Jordan Henderson mengalami kecederaan dan terpaksa dikeluarka­n seawal minit ke- 12.

Ini menyebabka­n Fabinho dimasukkan lebih awal dan Milner mengambil alih tugas sebagai kapten dalam padang.

Klopp menggesa pemainnya untuk ‘ lebih berani ketika membawa bola”

dan itu yang berlaku dengan kombinasi kemahiran ran Mane, yang memboleemb­olehkan Liverpool verpool membuka ka jaringan.

U m p a n a n jauh Van n Dijk tepat ke e arah Mane yang ang berada dalam am kotak penalti dan dengan penjaga aga gol Bayern, Manuel N e u e r sedikit terkeluar dari posisinya, Mane melakukan umpanan l lambung pada minit ke- 26.

Liverpool hampir me- nambah jaringan tidak lama selepas itu tetapi umpanan M Milner kepada R Roberto Firmino hanya tepat ke dakapan d Neuer.

B a y e r n bagaima bagaimanap­un berjaya m mengikat k e d u d u k a n enam mi minit sebelum reh rehat apabila Serge Gnabry melepasi k kawalan A n - d r e w R o b - e r t s o n dan mela melakukan satu t h hantaran t lintang kepada Robert Lewandowsk­i tetapi bola terkena Matip dan masuk ke pintu golnya sendiri.

Rentak permainan berubah selepas rehat dengan Bayern mensia- siakan satu peluang terbaik apabila hantaran lintang Gnabry gagal disempurna­kan Lewandowsk­i.

Liverpool membayangk­an penampilan ke suku akhir apabila Van Dijk menanduk umpanan Milner, menyebabka­n Bayern memerlukan sekurangku­rangnya tiga gol untuk melangkah ke suku akhir Mane menamatkan segala impian Bayern apabila menyempurn­akan hantaran Mohamed salah untuk gol keenam dari empat perlawanan. — AFP

Gol pertama beliau sememangny­a hebat, ketenangan beliau melakukan penyudah itu cukup luar biasa. James Milner Pemain tengah Liverpool

 ?? — Gambar Reuters ?? HEBAT: Mane ceria selepas menjaringk­an gol kedua Liverpool ketika beraksi pada perlawanan Liga Juara-Juara menentang Bayern di Munich, Jerman pada Rabu lepas.
— Gambar Reuters HEBAT: Mane ceria selepas menjaringk­an gol kedua Liverpool ketika beraksi pada perlawanan Liga Juara-Juara menentang Bayern di Munich, Jerman pada Rabu lepas.
 ?? — Gambar AFP ?? GAGAL KE SUKU AKHIR: Lewandowsk­i (tengah) melakukan percubaan ke arah pintu gol Liverpool ketika beraksi di Allianz Arena.
— Gambar AFP GAGAL KE SUKU AKHIR: Lewandowsk­i (tengah) melakukan percubaan ke arah pintu gol Liverpool ketika beraksi di Allianz Arena.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia