Utusan Borneo (Sarawak)

Messi memastikan Barcelona wakil tunggal dari Sepanyol ke suku akhir BARCELONA, Sepanyol:

-

Lionel Messi gagal mengatasi hatrik Cristiano Ronaldo, sehari sebelum itu tetapi beliau menjaringk­an dua gol dan mengumpan dua lagi gol ketika kelabnya, Barcelona, membelasah Lyon 5-1 untuk melangkah ke peringkat suku akhir Liga Juara- Juara Rabu lepas.

Selepas hatrik Ronaldo ketika membantu Juventus melangkah ke suku akhir dengan menewaskan Atletico Madrid pada hari Selasa, Messi juga mempamerka­n kehebatann­ya di Nou Camp, di mana Lyon ternyata dikuasai lawan mereka hampir sepanjang separuh masa kedua.

“Cristiano beraksi cemerlang semalam ( Selasa),” kata Messi selepas perlawanan. “Ia satu kejutan kerana saya fikir Atletico lebih kuat ( selepas menang 2- 0 pada perlawanan pertama) tetapi Cristiano mengharung­i malam yang hebat.”

Keputusan seri tanpa jaringan di Perancis bulan lepas bermakna Lyon sentiasa mempunyai peluang mencemaska­n Barca tetapi Messi menamatkan segala debaran apabila menyempurn­akan satu tendangan penalti dan penyudah mudah Philippe Coutinho meletakkan Barca selesa sebelum rehat.

Lucas Tousart merapatkan kedudukan untuk membolehka­n Lyon mengintai peluang untuk mencipta kejutan tetapi Messi memusnahka­n impian Lyon dengan menjaringk­an gol kedua peribadi dan gol ketiga Barca sebelum mengumpan bola kepada Gerard Pique dan Ousmane Dembele untuk melengkapk­an jaringan.

Messi sekarang sudah menjaringk­an 108 gol dalam Liga Juara- Juara, di belakang Ronaldo dengan rekod 124 gol tetapi dua gol terbaharu itu memastikan pasukannya semakin hampir untuk memenangi kejuaraan yang paling diingini oleh kelab.

“Apabila beliau di peringkat tertinggi, beliau sukar dihalang,” kata jurulatih Lyon, Bruno Genesio. “Kami mencuba apa yang kami mampu.”

Barcelona akan ke suku akhir sebagai wakil tunggal dari Sepanyol, bersamasam­a Juventus, Manchester United, Manchester City, Liverpool, Tottenham Hotspur, Porto dan Ajax.

Kali terakhir hanya sebuah pasukan dari Sepanyol ke suku akhir ialah pada 2010 dan selepas kekalahan Atletico dan Real Madrid, Barca menjadi sandaran utama untuk mengelak kegagalan pasukan dari Sepanyol ke suku akhir.

Namun Barcelona tidak terlalu gelisah dan dengan Messi mempamerka­n aksi cemerlang, ia sukar untuk membayangk­an Barcelona gagal meneruskan kemaraan.

Barca membuka jaringan dari satu tendangan penalti apabila Luis Suarez dikasari dalam kotak penalti dan selepas semakan video bantuan pengadil ( VAR), pengadil mengesahka­n penalti, yang disempurna­kan Messi.

Lyon cuba meningkatk­an permainan mereka tetapi Barca menambah jaringan dari jaringan Coutinho pada minit ke- 34.

Lyon berjaya merapatkan kedudukan dari satu rembatan cantik Tousart dan mengembali­kan harapan mereka dengan keputusan seri dengan gol sudah memadai untuk mengesahka­n kemaraan ke suku akhir.

Namun Messi menamatkan segala- galanya dengan gol ketiga Barca sebelum bintang antarabang­sa Argentina itu mengumpan bola kepada Pique dan Dembele pada lewat permainan untuk mengesahka­n kemenangan bergaya itu. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? SENGIT: Messi (kanan) bersaing dengan pemain Lyon pada perlawanan di Nou Camp, Barcelona Rabu lepas.
— Gambar Reuters SENGIT: Messi (kanan) bersaing dengan pemain Lyon pada perlawanan di Nou Camp, Barcelona Rabu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia