Utusan Borneo (Sarawak)

Zidane cuba dapatkan De Gea, tidak berminat dengan Courtois LONDON, England:

-

Penjaga gol Manchester United, David de Gea, mungkin bersedia untuk satu perpindaha­n ke Real Madrid kerana jurulatih baharu Real Madrid, Zinedine Zidane, dikatakan tidak begitu berminat dengan penjaga gol semasa Real, Thibaut Courtois.

Zidane kembali ke Real Madrid pada awal minggu ini selepas 10 bulan meletak jawatan pada akhir musim lepas.

Real mengharung­i satu musim yang buruk di bawah bimbingan Julen Lopetegui dan kemudian Santiago Solari.

Dan presiden kelab, Florentino Perez telah memanggil semula Zidane untuk mengembali­kan kegemilang­an kelab seperti ketika beliau membimbing kelab pada penggal pertama.

Zidane membimbing Real memenangi tiga kejuaraan Liga Juara-Juara secara berturut-turut.

Tetapi beliau membuat keputusan meletak jawatan pada musim panas lepas, dengan pemain utama Real, Cristiano Ronaldo, juga sudah meninggalk­an kelab.

Hanya seorang bintang yang tiba sejak pemergian Zidane – iaitu bekas penjaga gol Chelsea, Courtois.

Selepas menerima anugerah Penjaga Gol Terbaik di Piala Dunia 2018, penjaga gol antarabang­sa Belgium tiba dengan beban yang berat di bahunya.

Nam u n b e - l i a u gagal menye r l a h ekoran perpindaha­n bernilai 35 juta pound pada bulan Ogos dengan hanya mengelak pintu gol Real dibolosi untuk 10 dari 42 perlawanan.

Dan ia difahamkan di mana Zidane mungkin menggantik­an Courtois dengan sasaran sejak sekian lama Real, De Gea, pada musim panas ini. Menurut pengulas rancangan talkSPORT, Adrian Durham: “Saya fikir Thibaut Courtois tidak begitu digemari Zidane,” kata Durham.

“Mungkin ia sebahagian dari sebab kenapa Zidane tidak mahu terus m e n - jadi jurulatih sebelum ini. “Jadi saya fikir beliau akan cuba mendapatka­n David De Gea sekali lagi.” — Reuters

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia