Utusan Borneo (Sarawak)

MIAMI, Amerika Syarikat (AS):

-

Argentina dan Colombia akan menjadi tuan rumah bersama kejohanan Copa Amerika 2022 selepas badan induk bola sepak Amerika Selatan (CONMEBOL) sekali lagi menolak satu cadangan AS untuk menjadi tuan rumah.

Majlis CONMEBUL bertemu di Miami Rabu lepas untuk membincang­kan isu itu menjelang mesyuarat Majlis FIFA, badan induk bola sepak dunia di sini hari ini.

“Argentina dan Colombia membentuk venue bersama untuk Copa Amerika 2020,” kata CONMEBOL selepas menolak tawaran AS untuk menjadi penganjur.

CONMEBOL, yang terdiri dari 10 persekutua­n bola sepak di Amerika Selatan, berkata dalam satu kenyataan di mana ia telah menerima “pencalonan Argentina dan Colombia sebagai penganjur bersama untuk edisi 2020 Copa Amerika.”

Keputusan itu merupakan kali pertama dalam era moden kejohanan di mana kejohanan akan dianjurkan oleh dua negara.

Satu kejohanan bersama oleh Argentina dan Colombia juga mewakili masalah logistik, dengan kedua-dua negara dipisahkan dengan jarak 4,350 batu.

CONMEBOL menjelaska­n bahawa penganjura­n bersama bergantung “kepada penyampaia­n perincian cadangan oleh kedua-dua persatuan mengenai struktur dan penganjura­n kejohanan.”

Copa Amerika 2020 akan berlangsun­g setahun selepas kejohanan tahun ini, yang dijadualka­n berlangsun­g di Brazil di antara 14 Jun hingga 7 Julai.

Bulan lepas, Persekutua­n Bola Sepak Amerika (USSF) mengeluark­an satu cadangan kepada CONMEBOL untuk menganjurk­an Copa Amerika 2020 di AS dalam satu pertambaha­n melibatkan 16 pasukan yang turut termasuk enam pasukan dari rantau CONCACAF – Amerika Utara, Tengah dan Caribbean.

Kejohanan itu menyusuli dari kejayaan penganjura­n Copa Amerika Centenario pad 2016 yang diadakan di seluruh AS. — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia