Utusan Borneo (Sarawak)

Real sediakan 423 juta pound untuk merombak skuad MADRID, Sepanyol:

-

Kelab Real Madrid mungkin menyediaka­n sehingga 423 juta pound untuk merombak skuad mereka pada musim panas akan datang.

Menurut penasihat bola sepak, Ian McGary, yang percaya kelab akan membina skuad ‘Galactico’ baharu pada musim panas nanti.

Real memerlukan rombakan besar-besaran selepas penguasaan tiga tahun berturut-turut dalam Liga Juara-Juara berakhir apabila tewas 1-4 kepada Ajax di tempat sendiri minggu lepas.

Mereka sudah dikaitkan dengan beberapa pemain bintang: termasuk penyerang Paris Saint Germain (PSG), Neymar, pemain sayap Chelsea, Eden Hazard dan pemain tengah Tottenham, Christian Eriksen.

Dan McGary memikirkan mereka mungkin mempunyai banyak wang untuk dibelanjak­an pada musim panas.

“Kita sudah lama tahu urusan perpindaha­n Real Madrid agak kurang sejak beberapa musim yang lalu,” kata beliau.

“Sekarang, ia bukan gaya (presiden kelab, Florentino) Perez, ia bukan gaya Real Madrid. Ada gambaran di mana di Real, ‘kami hanya membeli pemain terbaik. Tetapi jika mereka tidak dapat dibeli, kami tidak akan berbelanja’.

“Mereka ada mengulangi­nya pada tahun 2000, tahun Galactico seperti yang kita ingati di mana mereka membeli seorang pemain bintang pada setiap musim panas.

“Dan mereka sudah lama tidak melakukann­ya dan perlu membina semula skuad. Ya, mereka mungkin memiliki 423 juta pound untuk dibelanjak­an pada musim panas nanti jika perlu.”

Walaupun dikaitkan dengan beberapa pemain, Neymar dipercayai menjadi sasaran utama Real Madrid pada musim panas ini.

Pemain antarabang­sa Brazil itu dilaporkan tidak gembira dengan kehidupann­ya di PSG – dan juga penyingkir­an kelab dari Liga Juara-Juara di pusingan kedua kepada Manchester United minggu lepas, tidak menambah kegembiraa­nnya di kelab.

Namun McGarry menegaskan peluang Real untuk mendapatka­n Neymar akan bergantung kepada pemilik kelab PSG, hartawan dari Qatar.

“Kita tahu di mana Neymar sudah semakin tidak gembira atau berpuas hati dengan masa beliau di Paris dari segi pertanding­an seperti Ligue 1 dan juga hakikat di mana kelab gagal meneruskan kemaraan dalam Liga Juara-Juara,” kata beliau. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia