Utusan Borneo (Sarawak)

KBS menyokong bida hak penganjura­n Sukan Asia 2030 KUALA LUMPUR:

-

Kementeria­n Belia dan Sukan sedia menyokong hasrat membida hak penganjura­n Sukan Asia 2030 seperti yang disuarakan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) semalam.

Menterinya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata beliau telah meminta pihak terbabit mengemukak­an kertas cadangan dalam masa terdekat untuk dibawa kepada perhatian jemaah menteri.

“Bukan sahaja melihat daripada aspek Sukan Asia 2030, tapi juga Sukan Komanwel 2026.

“Kertas cadangan itu akan diserahkan kepada saya dan saya akan bangkitkan isu ini pada jemaah menteri untuk diperhalus­i dan dibincangk­an,” katanya kepada pem- berita selepas sesi townhall KBS-BAM di Akademi Badminton Malaysia Bukit Kiara hari ini.

Walaupun menyedari kos bidaan mungkin menelan kos tinggi, Syed Saddiq berkata kesemua perkara itu akan diambil kira dan akan dibincangk­an sebelum persetujua­n diberikan kerajaan.

“Kita akan mengambil kira semua aspek khususnya mengenai kewangan. Kita akan perhalusi sebelum mengambil tindakan susulan,” katanya.

Selepas kejayaan negara menganjurk­an Sukan Komanwel 1998 dan juga beberapa kali muncul tuan rumah Sukan SEA, Presiden MOM Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria menyuaraka­n hasrat sudah tiba masanya Malaysia menjadi penganjur tuan rumah Sukan Asia buat pertama kali pada edisi 2030 nanti.

Mohamad Norza berkata pihaknya sudah mendapat makluman menerusi mesyuarat Majlis Olimpik Asia (OCA) di Bangkok pada awal bulan ini tentang bidaan Sukan Asia 2030 yang masih terbuka.

Untuk rekod, Sukan Asia 2022 bakal diadakan di Huangzhou, China sementara Nagoya, Jepun bakal menjadi tuan rumah temasya 2026.

Negara jiran seperti Thailand dan Indonesia pernah menganjurk­an temasya terbesar di rantau Asia itu.

Buat masa ini, India dan Filipina dikatakan turut menyatakan minat membida penganjura­n Sukan Asia 2030. —Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia