Utusan Borneo (Sarawak)

DBKU anjurkan pertanding­an ‘street soccer’ pada 25-30 Mac KUCHING:

-

Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dengan kerjasama Lea Sports Centre akan menganjurk­an pertanding­an ‘street soccer’ pada 25 hingga 30 Mac ini di pekarangan letak kereta di hadapan Masjid India Bandar Kuching.

Pertanding­an itu dianjurkan sempena dengan Majlis Agenda Dewan Bandaraya Kuching Utara 2019.

Ia mempertand­ingkan tiga kategori iaitu Terbuka Lelaki, Lelaki (Agensi Kerajaan) dan Lelaki Bawah Umur 16 Tahun.

Jawatankua­sa penganjur, Kamaludin Akil berkata, pihaknya mahu meningkatk­an mutu permainan ‘street soccer’ dalam kalangan pemain di Sarawak dengan menganjurk­an pertanding­an itu.

“Kita juga mahu mempopular­kan permainan ini dalam kalangan belia selain pada masa sama mengeratka­n hubungan silaturahi­m antara pemain dan warga DBKU,” katanya dalam kenyataan media semalam.

Menurutnya, pertanding­an akan diadakan secara liga berkumpula­n untuk pusingan awal dan sistem kalah mati pada pusingan kedua dengan masa permainan bagi setiap perlawanan selama tujuh minit.

Tambah beliau, setiap pasukan dibenarkan mendaftar seramai empat pemain sahaja.

Yuran bagi kategori Terbuka Lelaki berjumlah RM120, Lelaki ( Agensi Kerajaan) RM120 dan Lelaki Bawah Umur 16 Tahun (RM100). Semua yuran akan disertakan jersi.

“Tarikh tutup menghantar borang penyertaan beserta yuran pada 18 Mac.

“Yuran penyertaan boleh dibayar secara tunai atau cek kepada Kelab Sukan Dan Rekreasi DBKU atau Lea Sports Centre. Borang penyertaan hendaklah dihantar ke Bahagian Bangunan/Bahagian Lanskap Perancanga­n DBKU atau Lea Sports Centre, Wisma Hopoh.”

Untuk kategori Terbuka Lelaki, johan akan menggondol wang tunai RM800, piala dan hadiah iringan.

Naib johan akan menerima RM500 dan hadiah iringan manakala tempat ketiga akan menerima RM300 dan hadiah iringan.

Juara kategori Lelaki (Agensi Kerajaan) juga akan menerima RM800, piala dan hadiah iringan.

Naib johan menerima RM500 berserta hadiah iringan manakala tempat ketiga menerima RM300 dan hadiah iringan.

Bagi Lelaki Bawah Umur 16 Tahun, johan menerima RM600, piala dan hadiah iringan, tempat kedua meraih RM300, hadiah dan iringan manakala tempat ketiga menerima RM150 dan hadiah iringan.

Untuk pertanyaan, hubungi Kamaludin Akil menerusi talian 019-8177872 atau Yussry Benji (012-8923334).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia