Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak berminat sambar pemain Selangor PKNS perkasa Skuad Belia KUCHING:

-

Skuad Piala Belia Sarawak berminat untuk menambat pemain dari kelab Selangor PKNS dalam usaha memperkuat­kan jentera pasukan itu untuk menghadapi baki saingan liga yang kian sengit.

Perkara itu dijelaskan oleh Pengurus Pasukan, Phillip Jabu sambil berkata, pihak pengurusan sudah mengenal pasti calon pemain berkenaan.

“Kita sudah mengenal pasti calon pemain terbabit dan ketika ini rundingan secara lisan sudah diadakan.

“Cuma menunggu jendela perpindaha­n dibuka pada Mei nanti,” ujar Phillip ketika ditemui semalam.

Menurut Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) itu, pengambila­n pemain itu dilihat penting untuk memperbaik­i kelemahan yang agak ketara dalam pasukan khususnya di benteng pertahanan.

Setakat ini, pasukan kendalian Safri Amit menduduki tangga ketujuh dalam Kumpulan B dengan mengumpul empat mata dari empat perlawanan dengan mencatat sekali menang, sekali seri dan dua kekalahan.

“Saya harap pengambila­n pemain itu nanti dapat memperbaik­i prestasi pasukan ini,” katanya sambil menambah turut menilai prestasi di posisi lain dari masa ke masa.

Skuad C Sarawak akan meneruskan kempen menentang Selangor di Stadium Negeri, Petra Jaya pada 31 Mac ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia