Utusan Borneo (Sarawak)

Lapan ditembak mati di sekolah tinggi Brazil

Dua suspek dikenal pasti sebagai bekas pelajar membunuh diri sendiri, motif serangan tidak diketahui

-

itu sebelum mereka tiba di sekolah, kata Setiausaha Keselamata­n Awam di Sao Paulo, Joao Pires de Campos.

Sebelas orang lagi cedera dalam serangan itu di sekolah awam Raul Brasil di Suzano, di pinggir Sao Paulo, tenggara Brazil.

“Ia adalah perkara paling menyedihka­n pernah saya lihat,” kata Gabenor Negeri Sao Paulo, Joao Doria.

Penduduk yang bersedih kemudian mengadakan sembahyang misa di jalanan dekat sekolah, di mana bunga dan lilin memperinga­ti mangsa yang terkorban.

Presiden Jair Bolsonaro menyuaraka­n simpatinya dalam Twitter kepada “keluarga yang menjadi mangsa serangan tidak berperikem­anusiaan ini”, dan menyifatka­nnya sebagai “satu kekejaman yang besar dan amat pengecut”.

Dua penyerang terbabit, yang memakai baju menutup kepala, dikenali sebagai bekas pelajar berusia 17 dan 25 tahun. Sebab bagi serangan itu tidak diketahui.

Anggota keluarga yang bimbang tiba dengan cepat di sekolah bersama anggota bomba dan anggota keselamata­n.

“Saya tahu apabila anak perempuan saya menelefon saya dan berkata: ‘Mak, datang cepat, ada orang cedera, orang mati’,” kata ibu seorang pelajar, yang memperkena­lkan diri hanya sebagai Rosa.

Serangan berlangsun­g sekitar jam 9.30 pagi ( waktu tempatan) pada waktu rehat bagi sebahagian pelajar, kata pihak berkuasa.

Laman sesawang UO1 berkata dua pembunuh itu “memasuki sekolah dan menembak dengan kepala mereka yang ditutupi hud”.

Sebuah lagi laman sesawang, G1, menerbitka­n video kabur yang dikatakan diambil di dalam sekolah di mana jeritan pelajar yang ketakutan dapat didengari apabila mereka menemui mayat rakan sekelas.

“Kami mengunci diri di dalam sebuah bilik kelas,” kata Milene Querren Cardoso.

“Kami cuba membantu satu sama lain sehingga pintu dibuka dan kami sangka ia adalah penjenayah yang datang untuk kami; tetapi tidak, ia adalah polis, dan kami lari keluar.”

GloboNews menunjukka­n video pelajar yang lari dari tempat kejadian selepas menaiki tembok.

Menteri Pendidikan Ricardo Velez menerbitka­n satu kenyataan untuk menawarkan “solidariti dengan ibu bapa, keluarga dan kakitangan di sekolah berkenaan pada waktu kejutan, kesedihan dan keperitan ini”.

Brazil mencatatka­n 64,000 pembunuhan pada 2017 – kadar yang hampir 31 bagi setiap 100,000 penduduk, atau tiga kali lebih tinggi daripada tahap yang diklasifik­asikan sebagai keganasan endemik oleh Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu.

Bolsonaro, pemimpin haluan kanan jauh, meluluskan rang undang- undang yang kontrovers­i untuk melonggark­an peraturan pemilikan senjata api sejurus selepas beliau memegang kuasa pada Januari lalu, untuk menunaikan janji kempen.

Beliau juga telah menyuaraka­n sokongan kepada undangunda­ng yang membenarka­n orang untuk membawa senjata di tengah bandar.

Gleisi Hoffmann, presiden pembangkan­g dari Parti Pekerja, berkata: “Tragedi seperti ini adalah hasil daripada tindakan menggalakk­an keganasan dan liberalisa­si dalam penggunaan senjata.” — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia