Utusan Borneo (Sarawak)

SAO PAULO: Dua bekas pelajar menembak mati lapan orang, kebanyakan mereka pelajar dan kakitangan, di sebuah sekolah tinggi dekat Sao Paulo, Brazil, pada Rabu sebelum mereka membunuh diri sendiri.

-

Dua penyerang itu memasuki pekarangan sekolah pada awal pagi, bersenjata­kan sepucuk pistol kaliber .38 dan satu “senjata purba yang kelihatan seperti busur dan panah”, kata Kolonel Marcelo Sales dari pasukan polis tentera.

Selepas menembak pelajar di pekarangan, pembunuh terbabit menuju ke pusat bahasa di mana beberapa pelajar bersembuny­i dan “membunuh diri sendiri di sebuah koridor”, katanya.

Brazil merupakan salah sebuah negara paling ganas di dunia, dan mangsa dalam kes ini adalah lima pelajar berusia antara 15 hingga 17 tahun, dua pegawai sekolah berusia 38 dan 59 tahun, dan seorang pemilik kedai cuci kereta berusia 51 tahun yang ditembak oleh penyerang

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia