Utusan Borneo (Sarawak)

Bekalan elektrik beransur pulih, penjawat awam Venezuela diseru kembali bekerja CARACAS:

-

Penjawat awam di Venezuela diseru untuk kembali bekerja pada Khamis selepas kerajaan menamatkan percutian hampir seminggu disebabkan oleh kejadian putus bekalan elektrik luar biasa di seluruh negara yang memburukka­n lagi kemarahan yang berleluasa terhadap Presiden Nicolas Maduro.

Menteri Komunikasi Jorge Rodriguez berkata dalam satu ucapan menerusi televisyen kerajaan pada Rabu bahawa Maduro memutuskan sektor awam akan bekerja semula pada Khamis, tetapi sekolah kerajaan akan terus ditutup untuk sehari lagi.

Tempoh cuti awam yang diarahkan itu bermula Jumaat lepas, sehari selepas tenaga elektrik terputus di 22 daripada 23 negeri Venezuela, yang mengganggu pengangkut­an, menyebabka­n stok makanan menjadi busuk dalam peti sejuk, dan memaksa sebahagian penduduk di Caracas untuk mencari air daripada aliran kumbahan selepas air paip kekeringan.

Pada Rabu, tenaga elektrik sudah disambung semula pada Caracas dan wilayah lain. Namun beberapa kawasan di barat Venezuela masih tidak ada bekalan elektrik, termasuk kota Maracaibo di mana lebih 500 kedai melaporkan mereka telah dijarah, menurut sebuah persatuan peruncit.

Kejadian putus bekalan elektrik – yang terburuk dalam sejarah negara pengeluar minyak yang dahulu kaya itu – memburukka­n lagi krisis ekonomi yang sudah pun amat serius.

Menurut Ecoanaliti­ca, sebuah firma analisis ekonomi, kejadian putus bekalan elektrik besar- besaran itu menyebabka­n Venezuela kerugian sebanyak AS$875 juta (RM3.5 bilion).

“Terdapat kelumpuhan yang besar dalam banyak bidang yang penting dalam sektor minyak,” katanya, yang menganggar­kan sebanyak 70 peratus daripada sejuta tong minyak sehari yang masih dapat dihasilkan oleh Venezuela akan terjejas juga pada akhirnya.

“Tiada air, tiada elektrik, tiada ubat-ubatan, tiada wang tunai, tiada pengangkut­an. Ini adalah teruk sekali,” kata seorang penduduk Caracas, Victoria Milano, 40, kepada AFP.

Situasi yang semakin buruk telah menunjang Juan Guaido, ketua pembangkan­g yang disokong oleh Amerika Syarikat dan 50 negara lain sebagai presiden sementara Venezuela. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia