Utusan Borneo (Sarawak)

Bangunan runtuh di Nigeria, sembilan maut

Ramai masih terperangk­ap dalam struktur menempatka­n sebuah sekolah, beberapa unit pangsapuri itu

-

Penduduk yang terkejut serta orang ramai di kawasan itu serta ibu bapa yang panik, bergegas ke lokasi kejadian bagi membantu usaha menyelamat sebelum pekerja kecemasan tiba.

Seorang bapa yang meraung kerana kehilangan satu-satunya anak lelaki beliau terpaksa dipegang dan ditenangka­n oleh rakan-rakan.

Punca runtuhan belum dapat dipastikan.

Akinwunmi Ambode, gabenor negeri Lagos, berkata satu siasatan terperinci akan dilakukan berhubung insiden itu.

Sementara itu, Presiden Nigeria Muhammadu Buhari dalam satu kenyataan yang dikeluarka­n di Abuja pada Rabu menzahirka­n rasa dukacita beliau berhubung insiden runtuhan tersebut yang menyebabka­n kemalangan jiwa, terutama kanak-kanak.

Beliau bersimpati dengan ibu bapa dan saudara mara mangsa serta berharap mereka yang cedera cepat sembuh.

Presiden itu telah meminta kerajaan negeri Lagos, yang merupakan hab ekonomi Nigeria, “melakukan segala yang diperlukan agar insiden tragis sedemikian tidak berulang pada masa akan datang.” — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia