Utusan Borneo (Sarawak)

Tahanan politik di Nicaragua gantung mogok lapar: Keluarga MANAGUA:

-

Lapan wanita yang dipenjara di Nicaragua sewaktu tunjuk perasaan antikeraja­an pada tahun lepas menggantun­g mogok lapar mereka pada Rabu selepas dua minggu, kata anggota keluarga.

Lapan wanita itu memulakan mogok mereka pada 27 Februari pada permulaan rundingan damai antara kerajaan Presiden Daniel Ortega dengan pakatan pembangkan­g.

Mereka menunjuk perasaan kerana enggan digunakan sebagai “alat tawar menawar dalam proses rundingan politik”, kata Frederic Coppens, bapa salah seorang tahanan yang berasal dari Belgium, pada minggu lepas.

Tahanan terbabit adalah antara lebih 750 orang yang ditahan kerana menyertai demonstras­i antikeraja­an pada tahun lepas sewaktu krisis politik yang mengorbank­an 325 orang antara April hingga Oktober lalu ketika pihak berkuasa mengambil tindakan yang kejam.

Pemogok lapar itu, termasuk pelajar perubatan berusia 24 tahun, Amaya Coppens, menegaskan “pembebasan semua tahanan politik harus menjadi prasyarat untuk memulakan rundingan”.

Ibu Coppens, Tamara Zamora, pada Rabu berkata wanita-wanita itu “akan menangguhk­an mogok lapar mereka dan akan mula makan sedikit”.

Bagaimanap­un Zamora berkata langkah itu “tidak tetap, ia bergantung kepada perjalanan rundingan”.

Kumpulan hak asasi manusia telah menggesa kepada wanita-wanita terbabit untuk menamatkan mogok lapar demi kesihatan mereka.

Rundingan bermula pada bulan lepas untuk cuba mencari penyelesai­an kepada krisis politik, selepas kerajaan membebaska­n puluhan tahanan – yang sejak itu mengadu kepada media tempatan bahawa mereka berdepan dengan gangguan polis di rumah mereka.

Rundingan damai telah digantung sejak tiga hari lalu ekoran tuntutan pakatan pembangkan­g agar tahanan politik lain dibebaskan dan pilihan raya presiden diawalkan daripada 2021 untuk kembali ke meja rundingan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia