Utusan Borneo (Sarawak)

LAGOS: Sekurang-kurangnya sembilan orang maut manakala ramai lagi masih terperangk­ap selepas bangunan yang menempatka­n sebuah sekolah dan beberapa unit pangsapuri runtuh pada Rabu di hab komersial Lagos, Nigeria.

-

Seorang pegawai penyelamat tempatan memaklumka­n agensi berita China Xinhua bahawa sekurang-kurangnya sembilan mayat telah ditemui, dan sekolah di bangunan tiga tingkat dalam kawasan Ita-Faji di Pulau Lagos itu mempunyai 172 murid berdaftar.

Ibrahim Farinloye, penyelaras Agensi Pengurusan Kecemasan Kebangsaan di wilayah barat daya Nigeria, berkata sukar untuk memberikan jumlah mangsa yang terkorban atau cedera kerana operasi menyelamat masih berlangsun­g.

Kebanyakan mangsa yang maut adalah murid sekolah rendah swasta di bangunan itu dan “kira- kira 50 lagi berjaya diselamatk­an,” kata pegawai itu.

Hospital Umum Pulau Lagos, di mana kebanyakan mangsa yang terselamat dihantar untuk rawatan, telah mengesahka­n bahawa 41 orang berada dalam “keadaan stabil”.

Bangunan itu telah ditandakan sebanyak tiga kali untuk dirobohkan, kata para pegawai bangunan negeri Lagos.

Murid sekolah terbabit sedang belajar dalam kelas pada kira-kira jam 10 pagi waktu tempatan apabila bangunan itu runtuh tanpa amaran di kawasan yang padat dengan penduduk di Lagos.

Penduduk pangsapuri di bangunan itu dan pemilik kedai yang terletak di luar premis tersebut turut terjejas.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia