Utusan Borneo (Sarawak)

10 aktivis hak wanita Saudi dibicara selepas hampir setahun ditahan RIYADH:

-

Sepuluh wanita Saudi hadir di mahkamah pada Rabu buat pertama kali sejak ditahan pada tahun lepas dalam operasi menyeluruh ke atas aktivis, yang mengundang perhatian kepada rekod hak asasi manusia di negara itu.

Perbicaraa­n wanita tersebut, yang sudah ditahan hampir selama setahun tanpa dakwaan, diadakan ketika Arab Saudi cuba meredakan kritikan antarabang­sa terhadap pembunuhan kejam orang dalam yang menjadi pengkritik, Jamal Khashoggi, pada tahun lepas.

Empat aktivis terkemuka, Loujain al-Hathloul, Hatoon al- Fassi, Aziza al- Yousef dan Eman al-Nafjan adalah antara mereka yang hadir di mahkamah jenayah Riyadh, di mana mereka mendengar tuduhan terhadap mereka, kata presiden mahkamah Ibrahim al-Sayari.

Anggota keluarga wanita tersebut – ada yang didakwa diseksa dan mengalami gang- guan seksual sewaktu disoal siasat – dibenarkan untuk menghadiri sesi mahkamah, tetapi kira-kira 24 wartawan asing dan diplomat Barat dilarang daripada memasukiny­a.

Anggota keluarga yang kelihatan bimbang berkumpul di luar bilik mahkamah, sambil membawa rayuan bertulis untuk hakim sementara mereka menunggu giliran mereka untuk melihat tahanan di dalam.

Tuduhan terhadap wanita terbabit tidak dimaklumka­n kepada orang ramai.

Namun kumpulan hak asasi manusia yang berpangkal­an di London, ALQST, berkata mereka ditahan di bawah undang-undang jenayah siber yang menyeluruh di negara itu dan membawa hukuman penjara selama 10 tahun, berdasarka­n hubungan mereka dengan “entiti musuh” termasuk organisasi hak asasi manusia.

Sayari berkata wanita-wanita itu akan mendapat akses kepada peguam bebas untuk perbicaraa­n mereka, hak yang menurut anggota keluarga telah dinafikan selama penahanan mereka.

“Nampaknyas­ekarangpih­ak berkuasa akan mendakwa aktivis hak wanita, selepas mengurung mereka dalam tahanan hampir selama setahun tanpa sebarang akses kepada peguam, dan di mana mereka menghadapi penyeksaan, layanan buruk dan gangguan seksual,” kata pengarah kempen Amnesty Internatio­nal di Timur Tengah, Samah Hadid.

“Pihak berkuasa sekarang melayan tindakan mempertaha­nkan hak wanita sebagai satu jenayah, yang merupakan satu perkembang­an yang berbahaya di negara ini dan tindakan mereka ke atas aktivisme hak asasi manusia,” kata Hadid kepada AFP.

Lebih 12 aktivis, kebanyakan­nya berkempen selama bertahun-tahun untuk hak memandu, ditangkap pada Mei tahun lepas – hanya sebulan sahaja sebelum negara itu menamatkan larangan sekian lama ke atas pemandu wanita. Ada yang dibebaskan kemudian.

Ketika itu, aktivis terbabit dituduh oleh beberapa pegawai kerajaan menggugat keselamata­n negara dan membantu musuh negara, manakala media yang disokong oleh kerajaan melabel mereka sebagai pengkhiana­t dan “ejen kedutaan”.

Penyelidik Human Rights Watch, Adam Coogle, berkata perbicaraa­n itu dan dakwaan mengenai layanan buruk ke atas wanita tersebut “adalah satu lagi tanda penindasan yang semakin buruk di Arab Saudi”.

“Pihak berkuasa harus segera menghentik­an prosiding yang tidak adil ini dan melepaskan mana-mana aktivis yang didakwa semata-mata kerana aktivisme mereka yang aman,” katanya kepada wartawan AFP. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia