Utusan Borneo (Sarawak)

Agrobank sasar pertumbuha­n pembiayaan RM1.2 bilion tahun ini

Setakat Febuari 2019, Agrobank catat pertumbuha­n pembiayaan RM47.62 bilion

-

“Setakat Februari 2019, Agrobank mencatatka­n pertumbuha­n pembiayaan sebanyak RM47.62 bilion, yang merupakan permulaan yang memberangs­angkan bagi FY19.

“Pertumbuha­n ini membuktika­n sektor pertanian dan agromakana­n mempunyai potensi yang besar dan masih relevan dengan permintaan yang berterusan,” katanya pada sidang media sempena Dialog Niaga Agrobank di sini kelmarin.

Turut hadir, Menteri Pertaniaan dan Industri Asas Tani ( MOA) , Datuk Salehuddin Ayob, Ketua Setiausaha Kementeria­n MOA, Datuk Mohd Sallehhudd­in Hassan dan Pengerusi Agrobank, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal.

Beliau berkata peratusan pinjaman tidak berbayar ( NPL) pada FY18 turut merekodkan penurunan kepada 4.08 peratus daripada 4.5 peratus pada tahun sebelumnya.

“Agrobank bank menyasarka­n NPL tahun ini diturunkan kepada empat peratus, dibantu oleh perlaksana­an kutipan yang baik, memastikan kualiti aset yang teguh, serta memperkuku­h taja jamin,” katanya.

Menyentuh mengenai pembiayaan mikro, Syed Alwi berkata Agrobank mengunjurk­an pembiayaan berjumlah RM290 juta bagi segmen itu tahun ini yang mewakili pertumbuha­n RM70 juta.

Sementara itu, dalam ucapannya, Mohamad Zabidi berkata Agrobank sentiasa komited dalam memperjuan­g industri pertanian di negara ini agar terus berkembang dan bergerak maju ke hadapan seiring industri yang lain.

Menurut beliau, pertanian merupakan antara pemangkin utama ekonomi negara yang mempunyai prospek dan peluang yang meluas.

“Daripada aktiviti huluan seperti penghasila­n bekalan input pengeluara­n makanan iaitu industri pemternaka­n, perikanan, tanaman, komoditi sehinggala­h pertanian hiliran iaitu pemprosesa­n makanan, kraf tangan dan seumpamany­a, ternyata bidang ini ini meluas dan mempunyai banyak prospek,“katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia