Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia Airlines tambah perkhidmat­an ke laluan popular

-

Malaysia Airlines Bhd ( MAB) akan menawarkan perkhidmat­an tambahan ke Melbourne, Osaka, Sri Lanka, Bali dan Bangkok semasa tempoh perjalanan puncak dari Mac hingga September 2019 bagi memudahkan pergerakan penumpang ke destinasi berkenaan.

Ketua Pegawai Hasil Kumpulan MAB Ignatius Ong berkata syarikat penerbanga­n negara itu juga akan menaik taraf perkhidmat­an hariannya dari Kuala Lumpur ke Perth daripada pesawat B737-800 kepada A330- 200 berkuat kuasa 1 Apri, 2019.

“Perkhidmat­an tambahan dan menaik taraf ini akan memberikan lebih keselesaan kepada penumpang untuk memilih masa perjalanan yang bersesuaia­n bersama keluarga dan rakan,” katanya.

Maklumat lanjut boleh diperoleh di laman web rasmi MAB. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia