Utusan Borneo (Sarawak)

Gedung IKEA pertama di Utara Semenanjun­g jadi tumpuan GEORGE TOWN:

-

IKEA, gedung jenama perabot berpangkal­an di Sweden semalam membuka cawangan pertamanya di Utara Semenanjun­g Malaysia, di Batu Kawan, kira-kira 40 kilometer dari sini.

Gedung kedua terbesar di negara ini selepas cawangan di Johor Bahru itu, yang berkeluasa­n kira-kira 43,678 meter persegi, dijangka dapat menampung lebih 6,000 pengunjung dalam satu-satu masa, menurut pengurus gedung, A Pathmaling­am.

Beliau berkata sebagai lang- kah berjaga- jaga, pasukan keselamata­n akan menyekat jumlah pengunjung ke premis itu bagi mengelak kesesakan.

“Saya menjangkak­an kirakira 20,000 pengunjung akan datang pada hari pertama pembukaan,” katanya kepada pemberita selepas majlis pembukaan rasmi cawangan itu di sini semalam.

Pathmaling­am berkata fokus cawangan itu adalah untuk mengekalka­n misi menjadikan kehidupan harian rakyat lebih baik selain terus mencari peluang pasaran. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia