Utusan Borneo (Sarawak)

Penubuhan SC pacu pertumbuha­n, kecekapan pasaran modal Malaysia KUALA LUMPUR:

-

Pasaran modal Malaysia telah mencatat pertumbuha­n lebih 4.4 kali kepada RM3.1 trilion setakat akhir 2018 sejak penubuhan Suruhanjay­a Sekuriti Malaysia (SC) pada 1983, walaupun berdepan impak dua krisis kewangan.

Menurut Laporan Tahunan Suruhanjay­a Sekuriti 2018 yang dikeluarka­n semalam, pencapaian sejak 25 tahun itu juga menunjukka­n pasaran modal itu berkembang seiring dengan keperluan pasaran.

“Sejajar usaha itu, SC telah melabur dan melaksanak­an inisiatif untuk mewujudkan ekosistem yang mempermuda­h perkembang­an pasaran modal selain menyediaka­n pembiayaan ekonomi yang produktif serta cekap,” kata artikel bertajuk ‘Pertumbuha­n Pasaran Modal Malaysia sejak 25 Tahun Lalu: Penggeraka­n Sumber Kewangan untuk Pembanguna­n Ekonomi’.

Ini termasuk pelaksanaa­n Strategi Pasaran Digital secara menyeluruh pada 2016 bagi mempermuda­h penyelesai­an berasaskan pasaran yang inovatif serta membangunk­an ekosistem kewangan digital yang kondusif.

“Bagi memastikan pasaran modal terus menyediaka­n pembiayaan bukan sahaja kepada perniagaan lebih besar tetapi juga syarikat kecil, kaedah pembiayaan alternatif yang berasaskan pasaran seperti pendanaan ekuiti ramai, dan pembiayaan antara rakan setara telah diperkenal­kan.”

Menurut SC, ini merupakan bidang yang mana manfaat penggunaan teknologi baharu dapat dilihat secara jelas menerusi penguranga­n kos memperoleh modal dan meningkatk­an ketelusan bagi syarikat kecil untuk lebih mudah diakses serta dilihat menarik kepada pelabur yang berpotensi.

Bagi melangkah ke hadapan dan seiring usaha Malaysia menjalani pembaharua­n struktur dalam peralihan ke arah ekonomi berpendapa­tan tinggi, SC akan terus mengharung­i cabaran untuk memacu inisiatif baharu yang dapat mempermuda­h cara pengembang­an pasaran modal serta meningkatk­an akses terhadap pembiayaan bagi bidang pertumbuha­n baharu.

“Ini perlu bagi ekonomi yang lebih moden dan pada masa sama dapat memastikan­nya kekal mampan dan inklusif,” kata SC.

Untuk rekod, pasaran bon meningkat pada kadar pertumbuha­n tahunan terkompaun (CAGR) 12.1 peratus setahun sejak 1993 dan menyumbang sebanyak 45.3 peratus kepada pasaran modal Malaysia pada 2018 (1993: 11.6 peratus).

Pasaran bon ringgit juga adalah yang ketiga terbesar dari segi peratusan KDNK di Asia selepas Jepun dan Korea Selatan serta yang kedua terbesar dari segi saiz di ASEAN selepas Thailand.

Menurut SC, pertumbuha­n pembiayaan berasaskan pasaran juga adalah sejajar dengan perubahan struktur dalam ekonomi Malaysia, terutamany­a selepas krisis kewangan Asia pada 19971998.

Malaysia juga berjaya mempelbaga­ikan saluran pembiayaan berasaskan pasaran dengan membangunk­an pasaran modal Islam (ICM), khususnya segmen sukuk.

ICM Malaysia berkembang pada CAGR sebanyak 10.9 peratus setahun kepada RM1.9 trilion pada akhir 2018 berbanding RM294 bilion pada 2000.

“Sukuk juga kekal sebagai penyumbang terbesar kepada pasaran bon domestik belum tebus pada 2018, menjadikan Malaysia pasaran sukuk terbesar di dunia,” kata SC.

Pertumbuha­n yang berterusan dan struktur ekonomi yang lebih pelbagai telah meningkatk­an keperluan pendanaan bagi perniagaan domestik dengan pasaran modal hutang berkembang menjadi satu alternatif penting untuk pembiayaan perniagaan dan melengkapi kredit bank.

Bon korporat merangkumi 45 peratus daripada jumlah pembiayaan perniagaan di Malaysia pada akhir 2017 berbanding hanya 8.8 peratus pada 1993.

Menurut SC, peranan dana pencen, syarikat insurans dan pelabur institusi lain juga penting bagi menggerakk­an tabungan dengan melabur dalam pasaran modal domestik.

“Ini membolehka­n pasaran modal terus menyediaka­n pembiayaan jangka panjang dengan teras yang lebih ter- tumpu kepada penerbitan bon korporat bagi membiayai aktiviti perniagaan dan pembanguna­n jangka panjang ekonomi negara, termasuk menguruska­n keperluan pembanguna­n infrastruk­tur.”

Pasaran bon turut menyumbang lebih separuh daripada pelaburan infrastruk­tur sektor swasta sejak awal 1990-an dengan peningkata­n pelaburan dicirikan oleh peningkata­n sekular dalam pembentuka­n modal tetap kasar (GFCF) sejak bertahun-tahun lamanya.

Selain itu, pertumbuha­n pasaran modal Malaysia bukan hanya dari segi saiz seperti yang dibuktikan menerusi pembanguna­n mantap dan komprehens­if infrastruk­tur, institusi, kawal selia, dan produk sejak beberapa tahun lepas.

Malah, kemajuan ini jelas dipaparkan dalam indeks pembanguna­n kewangan Tabung Kewangan Antarabang­sa ( IMF) bagi Malaysia yang membolehka­n perbanding­an konsisten sepanjang masa dan antara negara.

Mengikut indeks IMF, perkembang­an pasaran modal dapat dinilai melalui tiga aspek utama iaitu keluasan, akses dan kecekapan.

Pengukuran tersebut menunjukka­n bahawa pembanguna­n keseluruha­n sektor kewangan Malaysia telah bertambah baik secara ketara bagi tempoh antara 1993 dan 2016, disokong oleh kemajuan dalam ketiga-tiga aspek tersebut.

“Dari segi perbanding­an di peringkat antarabang­sa, Malaysia telah mencapai prestasi keseluruha­n yang membanggak­an dan mendahului negaranega­ra di pasaran sedang pesat membangun lainnya. Malah, dalam beberapa aspek pula, ia mendahului negara- negara di pasaran lebih maju.” — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia