Utusan Borneo (Sarawak)

Ekonomi Malaysia dijangka terus berada di landasan pertumbuha­n stabil tahun ini

-

Di sebalik persekitar­an global yang lebih mencabar dan tidak menentu, ekonomi Malaysia dijangka terus berada pada landasan pertumbuha­n yang stabil, disokong oleh aktiviti sektor swasta domestik yang kukuh.

Laporan Tahunan Suruhanjay­a Sekuriti 2018 menyatakan bahawa pertumbuha­n akan dipacu oleh aktiviti perkilanga­n yang mampan dan seterusnya disokong oleh pengembang­an sektor perkhidmat­an yang berdaya tahan, terutama dalam subsektor perdaganga­n borong dan runcit.

“Dari segi permintaan, kadar upah yang stabil dan pertumbuha­n dalam pengambila­n pekerja akan terus memacu pengembang­an penggunaan swasta. Projek baharu dan sedang dilaksanak­an dalam sektor perkhidmat­an dan perkilanga­n pula akan terus menyokong pertumbuha­n pelaburan swasta.

Laporan tersebut turut menyatakan bahawa pasaran modal domestik akan terus memainkan peranan penting dalam menyokong pertumbuha­n ekonomi melalui pembiayaan bagi pengembang­an perniagaan dan infrastruk­tur.

Katanya jumlah pengumpula­n modal melalui terbitan utama dan sekunder dijangka terus kukuh terutama dalam pasaran bon.

Sementara itu, laporan terse- but menyatakan aktiviti dagangan di pasaran sekunder akan terus dipacu oleh perkembang­an luaran, terutama pergerakan dalam aliran portfolio berikutan peralihan kecairan global dan peningkata­n secara umum turun naik pasaran kewangan global.

“Perkembang­an yang dialami selepas krisis kewangan globa (GFC) menunjukka­n bahawa pergerakan trend pendasar dalam aliran portfolio bukan pemastauti­n, sebahagian besarnya ditentukan oleh hala tuju dasar monetari bank pusat utama, terutama Rizab Persekutua­n AS.

“Di luar pergerakan trend, episod turun naik pasaran kewangan pasca GFC boleh dikaitkan dengan peristiwa negatif tertentu seperti krisis hutang Eropah, lonjakan hasil pulangan Fed AS, kejutan penurunan nilai yuan China, kejatuhan harga minyak, pemilihan presiden AS, dan ketegangan perdaganga­n,” katanya.

Katanya lagi prospek bagi pasaran modal domestik pada 2019 akan terus dipengaruh­i oleh perkembang­an utama di peringkat global, terutama hala tuju dan rentak dasar monetari global dengan turun naik pasaran yang didorong oleh ketidakpas­tian berterusan terhadap risiko utama, khususnya yang berkaitan dengan ketegangan perdaganga­n berterusan dan kebimbanga­n terhadap pertumbuha­n global. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia