Utusan Borneo (Sarawak)

DNA 2019 beri fokus pertanian sebagai sumber rezeki

-

Agrobank menganjurk­an Dialog Niaga Agrobank 2019 (DNA 2019) dengan tema memperkuku­hkan ekonomi dan mencipta kekayaan melalui bisnes Agro.

Bertemakan topik ‘ Memperkuku­hkan Ekonomi dan Mencipta Kekayaan Melalui Bisnes Agro’, DNA 2019 pada tahun ini memberi fokus pertanian sebagai sumber rezeki bukan sahaja untuk tingkatkan taraf hidup petani tetapi untuk komuniti sekali gus memperkuku­hkan ekonomi negara.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayob berkata, DNA 2019 merupakan platform penting yang bukan sekadar menghimpun­kan kepimpinan di peringkat kementeria­n, rakan niaga, rakan kongsi, usahawan dan juga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang prihatin untuk terus menyumbang kepada perkembang­an pertanian dalam negara kita.

“Saya amat mengalu-alukan inisiatif yang dibuat oleh Agrobank ini dengan menekankan aspek bahawa Agro Bank harus lebih pantas menerokai beberapa pendekatan baru di samping memastikan aspek keuntungan itu dipelihara dan pada masa sama menjadi sebuah bank lebih mesra rakyat.”

“Saya juga difahamkan, Agrobank turut berusaha mengatasi masalah yang dihadapi pekebun kecil dari segi pinjaman agar mereka dapat diberikan jumlah pinjaman yang munasabah untuk membantu mereka terutamany­a di kawasan kampung atau luar bandar.”

“Agrobank akan membantu usahawan perniagaan kecil dan sederhana (SME) yang telah berjaya hari ini untuk mengembang­kan perniagaan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyempurn­akan program Dialog Niaga Agrobank 2019 di sini semalam.

Turut hadir, Ketua Setiausaha­nya, Datuk Mohd. Sallehhudd­in Hassan, Pengerusi Lembaga Pengarah Agrobank, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal dan Presiden juga Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Syed Alwi Mohamed Sultan.

Menurut Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, pertanian masih menjadi faktor utama bagi pertumbuha­n ekonomi negara.

“Agrobank akan terus memberi sokongan kepada usaha kerajaan untuk meningkatk­an produktivi­ti sektor pertanian negara melalui produk dan perkhidmat­an yang sesuai untuk sektor pertanian. Selain prospek dan peluang dalam bisnes agro, kita juga ketengahka­n inisiatif usahawan agro yang bukan sahaja membangunk­an diri sendiri tetapi juga berusaha untuk membangunk­an usahawan lain dalam rantaian nilai dan juga memperkasa­kan komuniti melalui peluang dalam bentuk pekerjaan ataupun bimbingan keusahawan­an.”

“Usaha ini seiring dengan mandat Agrobank yang komited dengan nilai perantaraa­n berasaskan nilai atau valuobased intermedia­tion (VBI) dan memberi fokus untuk menjana ekonomi dan impak positif kepada komuniti.”

“Kami akan sentiasa membantu dan berusaha membiayai mana-mana bisnes agro yang berdaya maju. Agrobank percaya sektor pertanian dan agro makanan mempunyai potensi yang besar dan masih relevan dengan permintaan yang berterusan, tambah beliau.

Kira-kira 300 tetamu hadir pada sesi perkongsia­n maklumat tersebut yang terdiri danpada pembentuk dasar pertanian, usahawan-usahawan agro baharu, agensi-agensi kerajaan swasta, ahli akademi serta pemain industri hagi sektor pertanian dan industri asas tani.

DNA 2019 merupakan program kepimpinan pemikiran ( thought leadership programme)inibertuju­anberkongs­i isu, maklumat terkini, idea dan solusi yang berkaitan perniagaan dalam industri pertanian dan asas tani.

Pada masa sama, Agrobank turut melancarka­n sambutan ulang tahun ke-50 penubuhann­ya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia