Utusan Borneo (Sarawak)

Parti projunta Palang Pracharath ‘sedikit’ mendahului undi popular PRU Thailand

Parti Pheu Thai yang mempunyai kaitan dengan Thaksin Shinawatra di tempat kedua

-

BANGKOK: Parti projunta Palang Pracharath kini “sedikit” mendahului parti lain dalam Pilihan Raya Umum Thailand dengan sejumlah 7,594,820 undi popular setakat jam 11 malam ( waktu tempatan) pada Ahad.

Dengan penjumlaha­n undi yang mencapai tahap 93 peratus, Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) melaporkan bahawa Parti Palang Pracharath kini mendahului dengan majoriti undi sebanyak 469,829.

Parti itu telah mencalonka­n pemimpinny­a Prayuth Chano-cha sebagai satu-satunya calon perdana menteri sejak pilihan raya umum pertama yang berlangsun­g selepas kudeta tentera pada 2014.

Keputusan yang tertera pada papan skor di ibu pejabat SPR Thailand di sini menunjukka­n bahawa Parti Pheu Thai, yang mempunyai kaitan dengan bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra, berada di tempat kedua dengan 7,124,991 undi. Sementara itu, Parti Future Forward yang diterajui Thanathorn Jungrungre­angkit, berada di tempat ketiga dengan 5,236,984 undi manakala di tempat keempat, Parti Demokrat pimpinan bekas Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva meraih sejumlah 3,234,082 undi.

Keputusan undi popular tidak mencermink­an kerusi yang dimenangi sesebuah parti politik dalam pengundian yang berlangsun­g pada Ahad.

Bagaimanap­un, SPR Thailand dijangka mengumumka­n kerusi yang dimenangi parti politik terbabit pada Selasa.

Terdahulu, SPR Thailand menyatakan bahawa sejumlah 65.96 peratus daripada 51.25 juta orang yang layak mengundi telah menunaikan kewajipan mereka.

SPR Thailand mempunyai tempoh sehingga 9 Mei untuk mengumumka­n keputusan rasmi pengundian yang berlangsun­g pada Ahad. — Bernama

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? PENYOKONG: Keputusan langsung terpantul pada kaca mata penyokong Parti Pheu Thai semasa pilihan raya umum di Bangkok, Thailand pada Ahad.
— Gambar Reuters PENYOKONG: Keputusan langsung terpantul pada kaca mata penyokong Parti Pheu Thai semasa pilihan raya umum di Bangkok, Thailand pada Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia