Utusan Borneo (Sarawak)

HARGA BARANG MELAMBUNG SELEPAS PENGENALAN SST

-

KUCHING: Harga barang di pedalaman terutama di Kapit didakwa semakin meningkat selepas pengenalan semula Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST).

Ahli Parlimen Hulu Rajang Datuk Wilson Ugak Kumbong berkata harga barang yang tinggi memberi kesan terhadap kos sara hidup penduduk di kawasannya.

“Kos sara hidup meningkat begitu mendadak selepas pemansuhan Cukai Barangan dan Perkhidmat­an (GST).

“Walaupun SST diperkenal­kan namun tiada sebarang penurunan harga namun penjual mengambil kesempatan dengan menjual semua barang keperluan harian dengan harga yang lebih tinggi,” katanya pada Persidanga­n Dewan Rakyat di Kuala Lumpur, semalam.

Bagi mengatasi masalah ini, wakil rakyat Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu mahu penguatkua­saan ditingkatk­an bagi mengelak para peniaga mengambil peluang menaikkan harga barang.

“Saya tidak boleh membiarkan perkara ini berlarutan kerana ia bakal menjadi satu penyakit kronik yang akan membunuh rakyat di kawasan saya (Hulu Rajang) bagi mendapatka­n keperluan harian mereka.

“Justeru saya memohon agar satu pasukan khas ditempatka­n di kawasan Belaga bagi memantau harga barang di kawasan luar bandar bagi membolehka­n rakyat luar bandar menikmati harga yang sama dengan mereka yang tinggal di bandar,” ujarnya.

Mengenai penurunan harga komoditi seperti kelapa sawit, beliau menyaranka­n agar kerajaan menubuhkan satu jawatankua­sa khas dengan segera.

Jawatankua­sa ini berperanan memastikan penilaian dan pemantauan harga komoditi di pasaran diambil berat dan serius.

“Sejak akhir–akhir ini kita dibelenggu harga komoditi kelapa sawit yang jatuh mendadak di pasaran antarabang­sa, ini menyukarka­n banyak petani memperoleh keuntungan daripada hasil tanaman mereka.

“Ini menyebabka­n ramai yang terpaksa mencari sumber pendapatan lain bagi menyara keluarga mereka,” ujarnya.

Beliau tidak mahu kerajaan sekadar memberi jalan penyelesai­an dengan mengesyork­an petani menanam buluh.

“(Cadangan) Menanam buluh sebagai sumber alternatif seolah–olah memberi gambaran bahawa tiada sebarang usaha dilakukan kerajaan bagi membantu menangani masalah komoditi kelapa sawit,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia