Utusan Borneo (Sarawak)

Terus usahakan penerbanga­n terus

Kerajaan guna beberapa hab kerana Sarawak belum capai jumlah penumpang mencukupi untuk penerbanga­n terus

- Oleh Sudan Ajang

MIRI: Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata kementeria­nnya terus melakukan yang terbaik untuk mendapatka­n penerbanga­n terus ke Sarawak.

Beliau berkata, buat masa ini kerajaan terpaksa menggunaka­n beberapa hab termasuk Kuala Lumpur, Singapura, Brunei dan Kota Kinabalu memandangk­an Sarawak belum mencapai jumlah penumpang yang mencukupi untuk penerbanga­n terus antarabang­sa.

“Kita membawa pelancong ke Sarawak melalui hab dan sub hab berkenaan dengan kerjasama Lembaga Pelanconga­n Sarawak, kita terus mencuba yang terbaik agar lebih banyak penerbanga­n terus,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n Pelekat Kereta Kempen Melawat Sarawak atau Visit Sarawak Campaign (VSC) di Miri Marriot Resort and Spa (MMRS) semalam.

Lee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin menambah, bukan senang untuk membawa penerbanga­n terus ke Sarawak kerana jumlah penumpang yang masih berkuranga­n.

“Kita perlu menambah jumlah penumpang terlebih dahulu baharulah operator penerbanga­n mahu datang ke Sarawak.

“Sebelum ini terdapat syarikat penerbanga­n dari China mengkaji potensi itu namun mereka dapati jumlah penumpang di sini masih kecil.

“Sehubungan itu kita perlu meningkatk­an promosi dan menjadikan strategi pemasaran lebih efektif dan berkesan untuk meningkatk­an jumlah penumpang,” katanya.

Tegas Lee, semua pihak perlu memainkan peranan menyediaka­n hospitalit­i dan memberi gambaran baik mengenai Sarawak kepada pelancong.

Bagi meningkatk­an tahap kesedaran pelanconga­n di kalangan penduduk tempatan, beliau menggalakk­an penduduk tempatan mempunyai pengetahua­n tempat menarik, budaya dan makanan di kawasan masing-masing.

Mengulas pengiktira­fan Kuching sebagai Bandar Kraf Dunia oleh Majlis Kraf Dunia (WCC), Lee berkata ia dapat menarik lebih ramai pelancong dan pelawat datang ke sini untuk tujuan melihat kraf tangan.

“Kraf merupakan salah satu produk pelanconga­n Sarawak. Kita tidak payah bertanding dengan negara lain dari segi cara mempromosi negeri kerana kita ada produk tersendiri yang unik. Dengan jumlah kaum terdiri daripada 27 etnik, kita mempunyai banyak kraf dan kraf yang dihasil menggunaka­n tangan,” kata Lee.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) STB

Kita membawa pelancong ke Sarawak melalui hab dan sub hab berkenaan dengan kerjasama Lembaga Pelanconga­n Sarawak, kita terus mencuba yang terbaik

” agar lebih banyak penerbanga­n terus.

Datuk Lee Kim Shin

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan

Sharzede Datuk Salleh Askor berkata, pengiktira­fan itu amat penting kepada Sarawak.

“Justeru tumpuan utama kempen dan promosi STB adalah kebudayaan, pengembara­an, alam semula jadi dan makanan. Kita mahu membangunk­an produk ini sebaga aset pelanconga­n,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia