Utusan Borneo (Sarawak)

Mangsa tipu ‘Parcel Scam’ kerugian RM187,100

Mangsa ditawarkan hadiah oleh rakan Facebook namun diminta untuk membayar sejumlah wang

- Oleh Ambrose Rirang

BINTULU: Seorang suri rumah menjadi mangsa terbaharu sindiket penipuan parcel scam melalui Facebook dengan kerugian berjumlah RM187,100.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil ( JSJK) Sarawak Superinten­den Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, pada 3 Mac lalu, mangsa, 52, berkenalan dengan seorang lelaki dikenali sebagai Michael Zhang di laman sosial Facebook.

“Sepanjang perkenalan itu, suspek memberitah­u in-

Sepanjang perkenalan itu, suspek memberitah­u ingin memberi hadiah kepada mangsa tetapi tidak menyatakan

” apa hadiah ingin diberikann­ya itu.

Superinten­den Mustafa Kamal Gani Abdullah Ketua JSJK Sarawak

gin memberi hadiah kepada mangsa tetapi tidak menyatakan apa hadiah ingin diberikann­ya itu,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Katanya pada 14 Mac, suspek menghubung­i mangsa melalui aplikasi WhatsApp dan memaklumka­n barang dihantar dari Los Angeles tetapi ditahan pihak kastam di Kuala Lumpur.

Suspek kemudian mengarahka­n mangsa membayar sejumlah wang kononnya bagi tujuan pelepasan barangan termasuk mendapatka­n sijil antikegana­san, keselamata­n barangan dan sebagainya.

“Mangsa yang sudah masuk perangkap suspek kemudianny­a melakukan beberapa transaksi pembayaran ke akaun bank dinyatakan,” jelasnya.

Setelah pembayaran dibuat, baharulah mangsa menyedari dirinya menjadi mangsa tipu sindiket Parcel Scam itu.

Sehubungan itu Mustafa menasihati orang ramai khususnya di sini agar sentiasa berwaspada terutama ketika berhubung dengan rakan media sosial bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.

Sebaik-baiknya elak berurusan dengan individu tidak pernah bersemuka dan jangan terus percaya rakan dikenali melalui media sosial dan melakukan pembayaran bagi mengelak ditipu.

Orang ramai dinasihati mendapatka­n maklumat lanjut berhubung kes penipuan ini dengan melayari portal rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) di rmp. gov.my dan layari laman sesawang Jabatan Siasatan Jenayah Komersil di ccid. rmp. gov. my.

 ??  ?? MUSTAFA
MUSTAFA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia