Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita lebam dibelasah suami ibu saudaranya

-

Seorang wanita lebam di rusuk kanan dan sakit pipi kanan selepas dicekik ditumbuk dan dipukul menggunaka­n kayu oleh suami ibu saudaranya di sini petang kelmarin.

Mangsa, 26, berasal dar Sibu pergi ke rumah sewa ibu saudaranya di kawasan perindustr­ian Kubong di sini jam 5 petang untuk mengambi barang kepunyaann­ya.

Ketua Polis Daerah Limbang Superinten­den Mohd Bukhori Saffai berkata sebaik tiba mangsa mendapati pintu pagar besi berkunci dan bertindak menggegark­an pintu pagar itu untuk mengejutka­n penghuni rumah.

“Suspek yang juga suam kepada ibu saudaranya keluar dalam keadaan marah dan mencekik, menumbuk pipi serta memukul mangsa menggunaka­n kayu di rusuk kanan,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Katanya, suspek, 30, warga Indonesia berjaya dicekup jam 11.50 malam Ahad lalu dan merampas sebatang sepanjang 34 inci.

Hasil siasatan awal, kejadian berpunca tindakan mangsa menggegar pintu pagar bes dan menyebabka­n suspek tidak puas hati kerana dikejutkan dari tidur.

Kejadian itu menyebabka­n mangsa mengalami lebam d rusuk kanan dan sakit pip kanan dan dihantar ke hospita untuk rawatan.

Suspek mempunyai pas perjalanan sah dibawa ke Mahkamah Majistret Limbang untuk permohonan reman semalam untuk siasatan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan (mendatangk­an kecederaan menggunaka­n senjata).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia