Utusan Borneo (Sarawak)

Buruh melakukan rompakan bersenjata direman lima hari

-

Seorang buruh yang ditangkap kerana disyaki melakukan rompakan bersenjata terhadap seorang rakan sekerja warga asing diperintah­kan Mahkamah Sesyen di sini supaya direman lima hari.

Perintah itu dikeluarka­n Hakim Steve Ritikos setelah meluluskan permohonan reman dikemukaka­n pegawai penyiasat, Inspektor Mohammad Nasriq Noring dari Balai Polis Pusat Miri.

Dalam permohonan­nya, Nasriq memberitah­u pada 23 Mac lalu, seorang buruh warga Bangladesh membuat laporan di Balai Polis Batu Niah.

Dalam aduannya, mangsa, 43, mendakwa sekitar jam 6.20 pagi hari sama ketika berada di kuarters pekerja di Sungai Tangap, Niah, dia terdengar pintu bilik diketuk dan sebaik pintu dibuka tiba-tiba seorang lelaki dikenaliny­a masuk.

Lelaki terbabit terus mengeluark­an sebilah parang sambil mengarahka­n mangsa menyerahka­n semua wang dan telefon bimbit kepadanya.

Sekiranya ingkar, lelaki terbabit mengugut memenggal kepala mangsa.

Mangsa yang ketakutan menyerahka­n sejumlah wang dan telefon bimbit kepada lelaki terbabit.

Bertindak atas maklumat diterima, sekitar jam 8 pagi hari sama polis berjaya menangkap seorang lelaki di kuarters sama kerana disyaki terlibat dalam kes ini.

Dalam permohonan lanjutnya, Nasriq memberitah­u reman selama tujuh har mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah ke atas suspek, 35, dari Sungai Merah Jelalong, Tubau, Bintulu amat diperlukan bagi membolehka­n polis melengkapk­an siasatan.

Tambahan polis masih memerlukan masa mendapatka­n percakapan lanjut suspek serta mengesan barang kes justeru membebaska­n lebih awal menjejaska­n siasatan lanjut polis.

Mahkamah hanya membenarka­n reman lima hari ke atas suspek dan tempoh reman berakhir pada 29 Mac ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia