Utusan Borneo (Sarawak)

Model Kontrak Berasaskan Prestasi banyak kebaikan

Penjimatan tahunan 10-20 peratus, masa respons lebih baik dan cepat, standard penyelengg­araan yang tinggi

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Penggunaan model Kontrak Berasaskan Prestasi (PBC) dalam penyelengg­araan jalan di negeri ini lebih baik berbanding Kontrak Berasaskan Kuantiti (QBC).

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata faedah PBC kepada kerajaan sangat jelas iaitu penjimatan tahunan antara 10 hingga 20 peratus, masa respons lebih baik dan cepat serta standard penyelengg­araan yang tinggi.

PBC katanya, juga memerlukan bajet tahunan yang lebih mudah berikutan kadar tetap yang berbeza bagi jenis kerja, pemindahan kewajipan dan risiko pengurusan kerja dari negeri kepada kontraktor dan membolehka­n kontraktor menggabung­kan teknologi dan peralatan.

“Kontrak prestasi pertama kali muncul di Eropah pada tahun 1960 dan 1970 dalam konteks perusahaan awam dan muncul dalam kerajaan pada 1980 di United Kingdom dan New Zealand.

“Dalam konteks tempatan, CMS Roads berada di hadapan dari segi pengalaman mereka kerana telah menjalanka­n kerja kontrak penyelengg­aran jalan mereka dengan Kerajaan Sarawak menggunaka­n PBC lebih daripada 15 tahun.

“Malah, CMS Roads merupakan yang pertama menggunaka­n PBC di Asia Tenggara bagi kontrak penyelengg­araan jalan,” katanya dalam teks ucapan perasmian Bengkel PBC di Pusat Konvensyen Borneo Kuching ( BCCK) di sini semalam yang diwakili Menteri Muda Jalan Pesisir Datuk Julaihi Narawi.

Terdahulu Abang Johari berkata jumlah panjang jalan di Sarawak ketika ini kirakira 51,312 kilometer (km) merangkumi 30,361km jalan negeri, 1,541km jalan perse-

Kontrak prestasi pertama kali muncul di Eropah pada tahun 1960 dan 1970 dalam konteks perusahaan awam dan muncul dalam kerajaan pada 1980 di

” United Kingdom dan New Zealand.

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri

kutuan dan 19,411km jalan balak.

Jaringan jalan yang panjang di negeri ini menyukarka­n kerja penyelengg­araan serta berdepan dengan pelbagai cabaran.

Antara cabaran yang dihadapi termasuk bajet, cuaca, persekitar­an atau keadaan lapangan serta masa respons kepada insiden.

Bagaimanap­un, Kerajaan Sarawak mempunyai tanggungja­wab kepada rakyatnya dan dalam konteks ini, menghubung­kan rakyat Sarawak menerusi infrastruk­tur jalan.

Sementara itu, Julaihi dalam ucapannya turut mengakui bahawa Sarawak berdepan dengan cabaran yang besar dalam membina jaringan jalan raya di negeri ini.

Sarawak katanya, cuba menyiapkan pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo dan pada masa yang sama membina Jalan Pesisir dan Jalan Utama Kedua.

Jalan Pesisir katanya, memerlukan pembinaan banyak jambatan dengan jambatan terpanjang iaitu Jambatan Batang Lupar dengan kepanjanga­n 5.1 km.

“Kita berharap dengan siapnya jaringan jalan raya ini nanti ia akan dapat menghubung­kan seluruh rakyat di negeri ini,” katanya.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Korporat Cahya Mata Sarawak Berhad (CMSB) Datuk Isaac Lugun dan Naib Presiden Persekutua­n Jalan Antarabang­sa (IRF) Magid Elabyad.

 ?? — Gambar Muhd Rais Sanus ?? MANFAATKAN TEKNOLOGI: Julaihi (dua kanan) mendengar penerangan mengenai teknologi dron yang di gunakan dalam penyelengg­araan jalan. Turut kelihatan Isaac (kiri) dan Magid (dua kiri).
— Gambar Muhd Rais Sanus MANFAATKAN TEKNOLOGI: Julaihi (dua kanan) mendengar penerangan mengenai teknologi dron yang di gunakan dalam penyelengg­araan jalan. Turut kelihatan Isaac (kiri) dan Magid (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia