Utusan Borneo (Sarawak)

Tanaman di bahu jalan antara cabaran kontraktor CMSB selenggara jalan

-

Aktiviti tanaman di bahu jalan oleh penduduk setempat antara cabaran yang dihadapi kontraktor Cahya Mata Sarawak Berhad (CMSB) dalam kerja penyelengg­araan jalan di negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CMSB Datuk Isaac Lugun berkata, meskipun kontraktor jalan ada hak untuk memusnahka­n tanaman tersebut tetapi ia tidak boleh dilakukan kerana ia adalah tindakan sensitif kepada penduduk.

Justeru katanya, pihak kontraktor perlu menangani isu tanaman di bahu jalan ini dengan cara yang baik.

“Kita tidak boleh menghalang penduduk menanam tanaman mereka di bahu jalan tetapi pada masa yang sama kita tidak mahu tanaman ini mengganggu kerja penyelengg­araan.

“Tetapi kita sedaya upaya menangani isu dengan baik,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas perasmian Bengkel Kontrak Berasaskan Prestasi ( PBC) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini semalam.

Isu tanaman di bahu jalan ini dibangkitk­an Pengurus Wilayah Kanan CMS Roads Sdn Bhd anak syarikat CMSB, Abdul Rahim Jamal dalam pembentang­annya mengenai PBC- Pengalaman Sarawak pada bengkel tersebut.

Menurut Abdul Rahim, aktiviti tanaman di bahu jalan antara cabaran besar kepada kerja penyelengg­araan jalan terutama di kawasan luar bandar.

Katanya ada penduduk yang bekeras tidak mahu tanaman mereka dimusnahka­n untuk memberi laluan kepada kerja penyelengg­araan.

Disebabkan masalah ini pihak kontraktor terpaksa menangguhk­an kerja penyelengg­araan sehingga mendapat kebenaran daripada pemilik tanaman.

 ?? — Gambar Muhd Rais Sanusi ?? SIDANG MEDIA: Isaac bercakap pada sidang media di BCCK semalam selepas perasmian Bengkal PBC.
— Gambar Muhd Rais Sanusi SIDANG MEDIA: Isaac bercakap pada sidang media di BCCK semalam selepas perasmian Bengkal PBC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia