Utusan Borneo (Sarawak)

RM100,000 untuk menaik taraf Tugu Peringatan Polis Limbang

-

Sebanyak RM100,000 akan dibelanjak­an Jawatankua­sa Kecil Pelanconga­n, Sosial, Belia dan Kebudayaan di bawah Lembaga Pembanguna­n Wilayah Utara (NRDA) untuk menaik taraf Tugu Peringatan Polis Limbang bagi memperinga­ti sejarah pengorbana­n pejuang negara dalam mempertaha­nkan negara.

Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail berkata jawatankua­sa yang dipengerus­ikan ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang itu, sudah mengenal pasti kawasan menarik untuk dinaik taraf termasuk tugu peringatan yang terletak di hadapan Balai Polis Pusat Limbang.

“Komponen projek ini akan dimasukkan dalam Projek Menaik Taraf Tebingan Sungai Limbang fasa dua bernilai RM30 juta.

“Lokasi tugu ini akan berubah sedikit dan dianjak ke kawasan sungai berikutan ruang yang tidak mencukupi ekoran pembesaran jalan masuk ke bandar Limbang kepada empat laluan sejauh satu kilometer,” katanya ketika ditemui media pada sambutan Hari Polis Ke-212 di Ibu Pejabat Polis (IPD) Limbang di sini semalam.

Turut hadir ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang, Pegawai Daerah Limbang Superi Awang Said, Ketua Polis Daerah (KPD) Limbang Superinten­den Mohd Bukhori Saffai, Timbalan KPD Limbang DSP Tega Bilong, Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Limbang Asiah Hasan, ketua jabatan kerajaan dan pegawaipeg­awai kanan polis.

ADUN Bukit Kota itu menambah lagi, empat pusara polis Sarawak yang terkorban ketika menentang pemberonta­k di Limbang pada 1962 termasuk kawasan pesawat British terhempas di Kampung Telahak Limbang akan ditambah baik pihak muzium di bawah jawatankua­sa sama.

Detik 12 Disember 1962 menjadi titik bersejarah bukan sahaja bagi lebih 40,000 penduduk Limbang tetapi juga penduduk di negeri ini, apabila empat polis Sarawak dan 42 komando Royal Marin British terkorban dalam satu pemberonta­kan yang berlaku pada tarikh keramat itu.

Mereka yang terkorban adalah Kim Huat, Bujang Mohamed, Insoll Chundang, Wan Jamaluddin Tuanku Alen serta 42 komando Royal Marin British.

Bagi mengingati pejuang negara itu, nama mereka turut terpahat kukuh pada satu tugu peringatan yang dibina di hadapan Balai Polis Pusat Limbang.

Sementara itu Dr Abdul Rahman berkata anggota polis merupakan hero-hero yang perlu diraikan, yang merupakan anggota di barisan hadapan dalam menjaga keamanan bersama pasukan keselamata­n lain.

“Anggota polis dan pasukan keselamata­n lain sanggup menggadai nyawa dan harta dalam menjamin keselamata­n negara.

“Keselamata­n kita begitu terjamin di Malaysia dan rakyat tidak takut keluar rumah bila-bila masa berbanding di negara lain,” ujarnya.

Katanya sambutan Hari Polis saban tahun satu penghargaa­n kepada anggota polis dalam menjaga keamanan dan ketenteram­an.

“Selamat Hari Polis yang ke-212,” katanya.

Pelbagai aktiviti diadakan termasuk penyerahan sijil penghargaa­n kepada media tempatan di daerah ini.

 ??  ?? SELAMAT HARI POLIS: Dr Abdul Rahman (lima kiri) bersama Asiah (dua kiri), Superi, Mohd Bukhori, Paulus, Tega dan yang lain memotong pulut kuning semalam.
SELAMAT HARI POLIS: Dr Abdul Rahman (lima kiri) bersama Asiah (dua kiri), Superi, Mohd Bukhori, Paulus, Tega dan yang lain memotong pulut kuning semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia