Utusan Borneo (Sarawak)

IRF dan CMSB anjur Bengkel Kontrak Berasaskan Prestasi

-

Persekutua­n Jalan Antarabang­sa (IRF) dan Cahya Mata Sarawak Berhad (CMSB) bekerjasam­a menganjurk­an Bengkel Kontrak Berasaskan Prestasi (PBC) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) selama dua hari bermula semalam dan berakhir hari ini.

Bertemakan ‘ Spurring Growth, Connecting Sarawakian­s’, bengkel tersebut merupakan acara penting ke arah standard emas baharu dan penanda aras global dalam kualiti bagi pengurusan dan penyelengg­araan jalan.

Berucap pada perasmian bengkel tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Korporat Cahya Mata Sarawak Berhad ( CMSB) Datuk Isaac Lugun berkata bengkel yang sama telah dianjurkan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak dan CMS Roads pada 2017.

Sepanjang bengkel dua hari ini katanya, peserta akan dipersemba­hkan dengan pembentang­an daripada pakar-pakar PBC dengan rekod yang terkenal.

Justeru beliau berharap peserta bengkel berkenaan akan lebih memahami model PBC yang digunakan dalam penyelengg­araan jalan.

“PBC telah diperkenal­kan oleh Bank Dunia dan digunakan secara meluas di negara maju seperti Eropah.

“PBC merupakan model pilihan kerana kontraktor hanya dibayar apabila mencapai indikator prestasi yang ditetapkan.

“Dengan itu kualiti jalan yang diselengga­ra lebih baik dan dengan durasi yang berpanjang­an,” katanya sambil menambah, Kerajaan Sarawak merupakan yang pertama di Malaysia mengguna pakai PBC bagi penyelengg­araan jalan negeri.

Dalam pada itu, dua penceramah iaitu Penasihat PBC Dr Asif Faiz dan Perunding PBC Janusz Sobieniak diundang untuk berkongsi kepakaran pada bengkel tersebut.

Asif mempunyai lebih 40 tahun pengalaman dalam rekaan, pengurusan dan melaksanak­an polisi pembanguna­n pengangkut­an dan projek di lebih daripada 40 negara maju.

Manakala Janusz bersama Bank Dunia dan jurutera pengangkut­an yang berpengala­man yang telah bekerja selama 30 tahun dengan agensi penderma mengenai projek sektor pengangkut­an di seluruh dunia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia