Utusan Borneo (Sarawak)

Kampus INFRA Cawangan Sarawak sudah siap

Ia inisiatif kerajaan persekutua­n rancang, laksana program latihan INFRA bagi kumpulan sasaran di Sarawak

- Oleh Patricia Gari

KOTA SAMARAHAN: Kampus Institut Kemajuan Desa (INFRA) Cawangan Sarawak merupakan inisiatif kerajaan persekutua­n merancang dan melaksanak­an program-program latihan INFRA bagi kumpulan sasaran di negeri ini.

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Seri Rina Harun berkata, projek yang bernilai RM55.6 juta itu telah berjaya disiapkan mengikut jadual dan diserahkan kepada kementeria­nnya pada Oktober 2018.

Kampus yang dibangunka­n di tanah seluas 19 ekar di sini itu katanya, merupakan kampus INFRA yang kedua selepas di Bangi, Selangor.

“Kampus INFRA Cawangan Sarawak baharu siap tahun ini sejak mula dibangunka­n 18 bulan lalu, yang penting ia disiapkan mengikut jadual.

“Ia telah diserahkan kepada Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) Oktober 2018 dan hari ini adalah majlis perasmiann­ya,” katanya pada sidang media selepas menyempurn­akan Majlis Perasmian Kampus INFRA Cawangan Sarawak Fasa Pertama di sini, semalam.

Rina berkata selain menyediaka­n latihan serta kursus kepada kumpulan sasaran iaitu ketua kaum dan ketua masyarakat, Kampus INFRA Cawangan Sarawak turut menganjurk­an program untuk belia, usahawan dan wanita khususunya dari luar bandar Sarawak.

“Pembinaan kampus ini di sini, memberi peluang kepada masyarakat luar bandar khasnya mengikuti latihan ditawarkan INFRA dan KPLB serta program sijil atau sijil eksekutif dengan kerjasama institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

“Ia juga akan menjadi rujukan dalam bidang penyelidik­an dan pembanguna­n luar bandar dengan menempatka­n tenaga kerja profesiona­l dan pakar terutama dalam bidang berkaitan pembasmian kemiskinan serta peningkata­n pendapatan penduduk luar bandar Sarawak,” katanya.

Beliau berkata Kampus INFRA Cawangan Sarawak Fasa Pertama dilengkapi sebuah blok pentadbira­n, akademik, penginapan dan dewan makan yang mampu menampung kapasiti 250 orang pada satusatu masa.

Fasa kedua Kampus INFRA Cawangan Sarawak katanya, akan dibina pada masa akan datang dan ia terdiri daripada pembinaan dewan yang mempunyai kapasiti lebih besar bagi penganjura­n program berskala besar.

Terdahulu dalam ucapan perasmiann­ya Rina berkata dengan adanya Kampus INFRA Cawangan Sarawak, kumpulan sasaran terutama ketua kaum dan ketua masyarakat tidak perlu ke Semenanjun­g Malaysia untuk mengikuti latihan anjuran INFRA.

“Saya dimaklumka­n tuantuan dan puan-puan (ketua kaum dan ketua masyarakat) adalah peserta yang bertuah kerana menjadi kumpulan pertama berpeluang menggunaka­n fasiliti di kampus baharu INFRA ini.

“Saya yakin kampus ini mampu menyemarak­kan lagi pembanguna­n modal insan unfuk manfaat masyarakat luar bandar di Sarawak,” katanya.

Terdahulu seramai 140 peserta menerima Diploma Pro- fesional Pembanguna­n Luar Bandar Negeri Sarawak pada Majlis Konvokesye­n Program Diploma Pembanguna­n Luar Bandar Negeri Sarawak.

Mereka terdiri daripada pengerusi dan setiausaha Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) dari tujuh daerah di Sarawak iaitu Kuching, Samarahan, Asajaya, Serian, Sri Aman, Daerah Kecil Lubok Antu dan Daerah Kecil Lingga.

Kesemua peserta telah menjalani latihan bermula 4 hingga 25 Mac 2019 di Kampus INFRA Cawangan Sarawak dan mereka merupakan kumpulan pertama program Diploma Profesiona­l Pembanguna­n Luar Bandar INFRA-UniKL Zon Sarawak.

Hadir sama Ketua Setiausaha KPLB Datuk Dr Jailani Muhamed Yunus, Timbalan Ketua Setiausaha ( Pembanguna­n) KPBL Norison Ramli, Pengarah INFRA Datuk Rubiyah Abdul Rahman dan Timbalan Setiausaha Persekutua­n Negeri Sarawak Norizan Jili.

Kampus INFRA Cawangan Sarawak baharu siap tahun ini sejak mula dibangunka­n 18 bulan lalu, yang penting

” ia disiapkan mengikut jadual.

Datuk Seri Rina Harun

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? SIMBOLIK: Rina menyempurn­akan Majlis Perasmian Kampus INFRA Cawangan Sarawak semalam. Turut kelihatan (dari kanan) Rubiyah, Norison, Jailani dan Norizan.
— Gambar Chimon Upon SIMBOLIK: Rina menyempurn­akan Majlis Perasmian Kampus INFRA Cawangan Sarawak semalam. Turut kelihatan (dari kanan) Rubiyah, Norison, Jailani dan Norizan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia