Utusan Borneo (Sarawak)

KPLB laksana projek pengurusan sisa pepejal di beberapa kampung

-

KUCHING: Tiga belas keluarga dari Kampung Baru Sibu menerima bantuan kewangan daripada Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling selepas rumah mereka ranap dijilat api Jumaat lepas.

Menurut kenyataan semalam, setiap keluarga menerima bantuan tunai sebanyak RM1,000.

Kesemua keluarga telah ditempatka­n sementara di masjid kampung berkenaan.

Oscar telah melawat mangsa selepas kejadian lapan rumah musnah sepenuhnya dalam kebakaran itu menyebabka­n kira- kira 71 orang tidak mempunyai tempat tinggal.

Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) akan melaksanak­an projek rintis pengurusan sisa pepejal d beberapa kampung termasuk di Sarawak.

Menterinya Datuk Seru Rina Harun berkata, kementeria­nnya masih mengenal past kampung-kampung berkenaan dan senarainya akan dimuktamad­kan kelak.

Katanya projek rintis itu akan mula dilaksanak­an pada suku ketiga tahun ini dan ia akan dilaksanak­an oleh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

Beliau berkata KPLB ketika ini menjalanka­n kajian menyediaka­n model terbaik pengurusan sisa pepejal oleh penduduk kampung menerus MPKK.

“Kita melihat antara isu sebenar dalam kalangan masyarakat luar bandar ialah pengurusan sisa pepejal. Kalau di bandar ada PBT ( pihak berkuasa tempatan) menguruska­n sisa pepejal tetapi di luar bandar kebanyakan­nya diurus sendir penduduk kampung.

“Ada yang menggali lubang untuk menanam sisa pepejal tidak kurang membuang terus ke sungai. Ini menyebabka­n pencemaran alam sekitar dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurn­akan Majlis Perasmian Kampus Institut Kemajuan Desa ( INFRA) Cawangan Sarawak di sini semalam.

Terdahulu dalam ucapannya Rina berkata projek rintis pengurusan sisa pepejal itu bagi menggalakk­an komunit kampung mempraktik­kan sistem pengasinga­n sampah dar rumah, mewujudkan tapak pengumpula­n sampah dan projek pembetunga­n serta pengairan dan perparitan secara efisien.

“Saya rasa semua sedia maklum kes pencemaran sisa toksik yang berlaku di Sungai Kim-Kim Pasir Gudang Johor, mengakibat­kan lebih 5,000 penduduk termasuk pelajar sekolah terjejas.

“Kejadian seperti ini mungkin boleh diatasi sekiranya setiap komuniti dalam kawasan tersebut bekerjasam­a memantau dan menjaga alam sekitar bagi mengelak insiden ini berulang,” ujarnya.

Menurut Rina, kes penceroboh­an hutan untuk pembalakan secara haram di Sarawak dikenal pasti meningkat angkanya daripada 299 kes kepada 492 pada 2017.

Selain itu katanya analisis kes pencemaran sungai separa tercemar di Sarawak pada 2017 telah mengakibat­kan kapasit Loji Rawatan Air (LRA) d beberapa lokasi berkuranga­n akibat aktiviti larangan dijalankan pihak tidak bertanggun­gjawab.

“Sekiranya perkara ini tidak diambil perhatian serius oleh penduduk, kemungkina­n kita akan menghadapi krisis air yang serius pada masa akan datang.

“Justeru di bawah Pelan Harapan Pembanguna­n Luar Bandar, KPLB memberi fokus berkaitan penambahba­ikan pengurusan alam sekitar terutama berkaitan pengurusan sisa pepejal,” katanya.

 ??  ?? TERIMALAH: Oscar (tengah) menyampaik­an bantuan kepada mangsa kebakaran di Kampung Baru, Sibu semalam.
TERIMALAH: Oscar (tengah) menyampaik­an bantuan kepada mangsa kebakaran di Kampung Baru, Sibu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia